PMG hadir lagi.
Perkampungan Menara Gading adalah satuprogram yang mula
dilaksanakan di sekitar tahun 1997. Ia pada mulanya dihasratkan
untuk membantu para pelajar sekolah menengah agama atau lebih tepat lagi calon-calon SPM dan STPM dari sekolah tersebut memilih kursus di peringkat IPT.
Kenapa demikian? Ini kerana kebanyakan sekolah agama tidak mempunyai guru kaunseling untuk
menyalurkan maklumat mengenai kursus-kursus di IPT. Perjalanan program ini dibaiki dengan turut
melibatkan pelajar dari sekolah bukan beraliran agama.
Perlu diakui, PMG diinspirasikan dari Latihan
Dedikasi Kepimpinan (LDK) yang dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP). Melihat dari keberkesanan program ini, beberapa persatuan
pelajar Islam negeri mula mengikut jejak langkah KPIP ini. Antaranya Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan dan Kesatuan Pelajar Islam Johor.
Nak tahu lebih lanjut? Nantikan status selanjutnya.
Nota: Catatan ini adalah dari sudut pandang saya sebagai pimpinan kampus yang diberi ruang
sehingga ke peringkat kebangsaan.
Amidi Abdul Manan
Presiden ABIM