Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perutusan Sempena Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahaim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Firman Allah SWT :

“ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون”
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..”
Al-Baqarah:183

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan yang telah memberi ruang dan peluang untuk kita menikmati suatu bulan yang sangat dinanti oleh seluruh umat Islam. Sesungguhnya putaran hidup ini bagaikan roda yang sangat pantas, dan ia akan terus berjalan walaupun kita cuba menghentikannya atau kita memaksa untuk berjalan ia pasti akan berhenti dengan sendirinya apabila tiba saat yang bernama ajal. Syukur Allah memberi kita nikmat yang sangat berharga untuk merebut tawaran-tawaran hebat di bulan ini.

Ramadhan sangat sinonim dengan pelbagai aktiviti ibadah. Kita dapat lihat di sana sini kegirangan umat Islam menyambutnya dengan pelbagai cara. Pesta-pesta ibadah ini pastinya sentiasa menjadi suatu kenangan yang sangat indah buat mereka yang yakin dan berusaha merebut seberapa banyak ganjaran yang Allah tawarkan.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengambil ruang ini untuk sama-sama mengingatkan kepada seluruh umat Islam amnya dan kepada keluarga PKPIM khasnya agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa menyambut tetamu mulia yang bernama Ramadhan. Di sinilah peluang untuk kita bermunajat agar Allah memberi kita kekuatan dalam mengharungi perjalanan hidup yang sangat getir.

Jadikanlah Ramadhan kali ini untuk kita menjernihkan kembali seluruh jiwa dan raga kita, juga ukhwah antara kita agar perjalanan perjuangan selepas ini bertambah hebat dan utuh. Ianya tidak akan terjadi tanpa sikap usaha yang bersungguh-sungguh dan mengharapkan pertolongan dariNya.

Jika dilihat dari ayat di atas kita menyedari bahawa taqwa merupakan objektif utama dalam madrasah Ramadhan. Matlamat terakhir ini perlulah dicari dengan ketaatan bukan sahaja menahan lapar dan dahaga sahaja, ia memerlukan mujahadah yang tinggi dalam melawan dakyah nafsu liar yang sering membelenggu setiap masa.

Semoga Ramadhan yang sedang kita lalui ini lebih baik natijahnya dan berlipat ganda amalannya berbanding tahun lalu. Mudah-mudahan kita menjadi graduan madrasah Ramadhan yang bersifat Rabbaniyyun yang akan dan selamanya taat dan patuh dengan perintah Allah. Dan bukan bersifat Ramadhaniyyun yang mana hanya tunduk dan patuh bila Ramadhan tiba dan kembali ingkar bila ia berlalu. Nauzubillah.

Marilah kita memohon kekuatan kepada Allah agar Ramadhan kali ini memberi seribu satu semangat dan azam untuk menjadi hamba yang sentiasa berada dalam barisan orang-orang yang berjuang menegakan agama Allah. Tidak kira siapa pun kita, di mana kita berada, janji Allah itu suatu yang sangat pasti dan Dia sangat dekat bersama orang yang membantu agamaNya.

Akhirnya, saya mewakili seluruh pimpinan PKPIM Pusat sesi 2011/2012 mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh sahabat-sahabat PKPIM, Badan Gabungan Negeri, Kampus dan seluruh mahasiswa di seluruh negara. Semoga ukhwah kita bertambah erat di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.
“ Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah al-taqwa “
( Surah al-baqarah, ayat 197 )

MOHD SHAZNI ABDULLAH
SETIAUSAHA AGUNG PKPIM SESI 2011/2012
Kuala Lumpur.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)