Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Potensi Pelajar Sekolah Agama Wajar Digilap


Kuala Kangsar, 03 Mac: “Keikhlasan, kewibawaan, budaya ilmu dan jiwa besar merupakan empat prinsip utama kepemimpinan yang sewajarnya digarap dalam pembentukan syakhsiah para pelajar Muslim”.
Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Bin Ahmad Mohtari Yasim berkata demikian dalam ceramahnya di hadapan lebih 70 orang pelajar cemerlang tingkatan empat di Madrasah Idrisiah, di Bukit Chandan, berdepan dengan Masjid Ubudiyyah, di sini.

“Kita kena bina kepimpinan pelajar Islam, dakwah harus diperkasakan oleh kelompok Muslim yang punya ketrampilan dan daya kepimpinan yang baik”.

Program Latihan Asas Dedikasi Islam (LADI) peringkat Madrasah Idrisiah dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merupakan antara usaha melahirkan pelajar muslim yang komited dengan agama dan dedikasi dalam menggerakkan usaha dakwah Islam.
Jurulatih program tersebut, Mohd Faisal Sakdi berkata ketrampilan dan keyakinan para pelajar sekolah agama harus dibentuk dan digilap.

 

“Mereka ada potensi besar. Namun, kadangkala atas sebab keadaan sekolah yang mungkin serba kekurangan dari segi infrastruktur dan kurangnya perhatian yang diberikan menyebabkan mereka mengalami perasaan rendah diri.”

“KPIP nekad membangunkan semangat, keupayaan dan menggilap potensi para pelajar Idrisiah”.

Madrasah Idrisiah merupakan sekolah agama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Perak. Penubuhannya dititahkan sendiri oleh Sultan Idris I Murshidul Adzam Shah. Madrasah Idrisiah mempunyai sejarah besar melahirkan ramai ulama dan umara serta para pejuang agama.

Antara ulama yang pernah berkhidmat di sini ialah Haji Muhammad Hj Salleh Kelantan, Syeikh Abdullah al-Maghribi al-Makki, Syeikh Abdullah Fahim, Syeikh Hassan Yamani dan ramai lagi.

Program LADI yang berlangsung selama sehari suntuk bermula hari ini dilihat berjaya membuka mata para pelajar Idrisiah untuk berusaha melangkah dengan keyakinan dan menyerap semangat perjuangan para pendahulu mereka. LADI merupakan program latihan asas KPIP yang bertujuan membentuk pandangan alam dan kefahaman terhadap Islam sebagai suatu cara hidup.

Siti Fatimah Mohd Shahar dan Mohammad Fazril Saleh dari PKPIM turut bersama mengelola program ini. Pendekataan interaktif digunakan dalam penyampaian mesej meyebabkan suasana program sentiasa ceria dan bersemangat.

Yang Dipertua Agung KPIP, Ahmad Shah Salleh menyatakan kegembiraan dan penghargaan beliau atas kerjasama KPIP dan PKPIM dalam program ini.

KPIP merupakan sebuah pertubuhan pelajar Islam peringkat negeri Perak yang ditubuhkan pada tahun 1965 atas dasar keinsafan dan kesedaran dalam kalangan guru-guru beragama Islam tentang keperluan membangunkan para pelajar Islam di Perak secara tersusun ddan sistematik. KPIP juga merupakan antara badan gabungan negeri terawal yang bergabung dengan PKPIM.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)