Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PODCASTER TIDAK BERMORAL: WAJAR DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Bertarikh: 8 Februari 2024 (Khamis) bersamaan 27 Rejab 1445H

Baru-baru ini tular sebuah audio siar (‘podcast’) tempatan di media sosial iaitu Brosgang TV telah menjemput seorang gigolo yang dituduh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 372(1)(e) KK pada 26 Januari 2024 atas kesalahan membuat iklan aktiviti pelacuran.

PKPIM dengan tegas mengecam tindakan yang merosakkan dan tidak bermoral dalam menyebarkan kandungan yang merangkumi normalisasi seks di media sosial, salah satunya melalui platform ‘podcast’.

Media sosial dan platform ‘podcast’ mempunyai impak yang besar dalam membentuk persepsi dan tingkah laku masyarakat. Tindakan menjemput individu yang terlibat dalam aktiviti yang melanggari undang-undang, seperti yang baru-baru ini berlaku dengan mengundang seorang gigolo yang sedang menjalani pertuduhan mahkamah, adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap masyarakat.

PKPIM mencadangkan langkah-langkah proaktif untuk mencegah penyebaran kandungan yang merosakkan. Antaranya ialah:

1. Platform ‘podcast’ dan pemilik kandungan harus bekerjasama dalam menetapkan garis panduan yang jelas dan ketat untuk memastikan kandungan yang disiarkan adalah berkualiti dan tidak merosakkan.

2. ⁠PKPIM menggesa agar podcaster dan Hasli disiasat di bawah Seksyen 35, Akta Jenayah WP.

3. ⁠Penonton juga mempunyai peranan yang penting dalam menentang kandungan yang meragukan dengan tidak menyokong atau menyebarkan kandungan yang tidak bermoral. Hal ini selari dengan tuntutan syarak yang menuntut untuk menghindari dari sebarang jalan yang menghampiri perzinaan seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Isra’, ayat 32, “Dan janganlah kamu menghampiri zina…”

PKPIM menyeru semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penggunaan kandungan media sosial, termasuk platform ‘podcast’, untuk bertanggungjawab dan peka terhadap kesan serta impak kandungan yang disebarkan. Normalisasi seks atau aktiviti yang melanggari undang-undang bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.

PKPIM menyeru agar pempengaruh bersama-sama berusaha untuk menjaga integriti dan moraliti masyarakat melalui kandungan yang bermakna dan beretika di media sosial.

Muhammad Haakem Bin Azman

Naib Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)