Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) sekali lagi pada tahun ini telah berjaya menganjurkan Perkampungan Menara Gading (PMG) peringkat negeri Selangor pada 8-11 Febuari 2013 yang lau bertempat di Fakulti Perubatan, Univrsiti Putra Malaysia (UPM). Mengangkat tema “Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah” pimpinan PEPIAS optimis, setiap seorang daripada 153 peserta yang hadir mampu digilap bakat mereka untuk menjadi mahasiswa mukmin yang sejati dan mampu untuk menjadi permata bernilai dalam masyarakat.
Menurut Presiden PEPIAS, Ahmad Fawwaz, “PMG telah berjaya melahirkan ramai pesertanya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan menerapkan juga bagaimana hendak menjadi mahasiswa yang berjaya. Hasilnya mereka ini menjadi benih-benih yang subur di IPT masihg-masing.”
Apa yang menarik pada PMG kali ini ialah ia diadakan selama 4 hari berbanding tahun sebelumnya hanya 3 hari berikutan respon peserta tahun lepas yang merasakan tempoh 3 hari tidak mencukupi untuk menimba ilmu dan juga mengenali rakan-rakan dan juga PEPIAS itu sendiri. Antara aktiviti yang diadakan pada PMG ini ialah seperti Forum Alam Kampus oleh Saudara Radin Mohd Imaduddin (Bekas Aktivis PEPIAS), Diana Amir (Pelakon), Heliza Helmi (Penyanyi dan Duta Cool Blog) dan Moderatornya Saudara Muzakkir (Naib Presiden PEPIAS). Untuk memahami ciri-ciri Mahasiswa Mukmin, para peserta didedahkan oleh barisan fasilitator dalam aktiviti LDK dan juga Eksplorasi ‘Running Man’. Dalam program ini, setiap kumpulan diberi nama universiti dan setiap slot diletakkan seperti kuliah, tutorial, posting dan beberapa istilah kampus supaya mereka dapat merasai kehidupan universiti.
Majlis Penutup dihadiri oleh Encik Khairudin Abbas (Yang Dipertua ABIM Selangor), Encik Khairul Ridhwan Adha bin Akhiar (Timbalan Presiden PKPIM) dan juga Saudara Ahmad Fawwaz (Presiden PEPIAS). Perkampungan Menara Gading ini ditutup dengan Ucapan oleh YDP ABIM Selangor, persembahan Nasyid PEPIAS dan juga lagu keramat PMG “Suara Hati”.