Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan cadangan pengembalian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kami mengakui keresahan masyarakat, terutamanya ibu bapa dan murid, terhadap implikasi cadangan ini terhadap sistem pendidikan negara.
PKPIM berpendirian bahawa langkah mengembalikan UPSR dan PMR bukanlah penyelesaian terbaik untuk cabaran pendidikan masa kini. Sistem penilaian yang hanya berfokus pada pencapaian akademik semata-mata dan sama rata tidak mencerminkan pembangunan insan secara menyeluruh, malah berisiko membatasi potensi sebenar seorang murid.
Oleh itu, PKPIM menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam melaksanakan reformasi pendidikan dengan penambahbaikan yang lebih progresif dan berpandangan jauh. Kami mencadangkan:
PKPIM yakin reformasi pendidikan yang progresif adalah kunci utama dalam membina masa depan negara yang lebih cemerlang. Kami berdiri teguh bersama usaha YB Menteri Pendidikan untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan, inklusif, dan mampu melahirkan generasi unggul yang memenuhi cabaran abad ke-21.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMMAD IRSYAD BIN TAKIUDIN
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia