PKPIM merujuk kepada dua penghinaan dan salah faham melalui kenyataan Presiden MCA mengenai hudud dalam tempoh tidak sampai seminggu.
Perkara ini juga bukan perkara baru sehingga dilihat bahawa Presiden MCA kehabisan modal politik untuk dijadikan sandaran.
PKPIM mempersoalkan adakah beliau diberi keistimewaan dan hak oleh kerajaan untuk bercakap secara bebas mengenai hudud seolah-oleh beliau mewakili umat Islam terbanyak? Atau
Adakah disebabkan prinsip kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi atau kerana MCA sebagai parti dalam gabungan Barisan Nasional.
PKPIM dan beberapa NGO termasuk ABIM dan lain-lain telah banyak kali mengemukakan bantahan, menyerahkan memorandum dan men yerahkan beberapa rujukan artikel dan buku mengenai Hudud untuk dibaca dan difahami beliau
Malangnya kami merasakan beliau tiada masa untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan oleh gerakan Islam dan majoriti umat Islam di Malaysia.
Justeru, teguran keras dan kelas pemulihan perlu diberikan kepada beliau oleh rakan-rakan Melayu-Islam yang berada dalam BN atau setidak-tidaknya kelompok atau individu yang ‘mesra’ BN.
Jika tidak mampu, PKPIM merasakan lebih ramai individu, NGO Islam atau mana-mana pihak yang sanggup berdialog dan bersemuka dengan beliau bagi menjelaskan berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam ini di Malaysia.
PKPIM khuathir sekiranya DS Dr. Chua Soi Lek akan berterusan menjadikan Hudud sebagai agenda murahan beliau dalam memenangi kelompok pengundi cina dalam PRU ke-13 akan datang.
Akhirnya kami dengan tegas menyarankan DS Chua Soi Lek dan MCA keseluruhannya membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai kenyataan yang dibuat berkenaan hudud ini.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)