Bertarikh: 18 Mac 2024 (Isnin)
KENYATAAN MEDIA
PKPIM MENYOKONG PINDAAN AUKU 1971 SEBAGAI LANGKAH AWAL KE ARAH PEMANSUHAN
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pemindaan AUKU sebagai langkah ke arah pemerkasaan autonomi mahasiswa yang lebih holistik. Antara klausa yang dipinda adalah berkaitan mahasiswa seperti seksyen 15A, Memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar ataupun Kesatuan Mahasiswa untuk memungut wang.
PKPIM mencadangkan agar pihak KPT menambah Klausa Akta Khas di dalam AUKU 1971 untuk penerimaan Kesatuan Mahasiswa di Universiti seluruh negara.
PKPIM berpendapat bahawa satu penjelasan harus dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan rasional penambahan subseksyen 4a dalam seksyen 48, Jadual Pertama.
PKPIM beranggapan subseksyen ini jelas menyatakan bahawa Lembaga Universiti mempunyai kuasa untuk mengurangkan tempoh keahlian MPP. Perkara ini menimbulkan spekulasi akan keterjaminan penguatkuasaan yang adil kerana tiada keterangan diberikan pihak Lembaga bagi menyatakan justifikasi pemanjangan atau pemendekkan tempoh.
PKPIM berharap agar penjelasan dapat diberikan segera bagi memudahkan proses pertimbangan dan memperjuangkan hak mahasiswa terutamanya MPP dalam berkhidmat dengan lebih berakauntabiliti.
PKPIM juga berbesar hati sekiranya menjadi rakan libat urus jawatankuasa utama KPT untuk pindaan AUKU 1971 bagi sesi yang berikutnya serta menjadi semak imbang dalam menggerakkan inklusiviti AUKU 1971 lebih segar dan berksesan demi memastikan suara dan peranan serta autonomi mahasiswa dikembalikan.
HIDUP BIAR BERJASA!
Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)