Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM MEMBANTAH KERAS PENYIARAN GAMBAR ERYKAH BADU BERTATOO

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membantah keras penyiaran gambar artis Amerika Syarikat, Erykah Badu di akhbar The Star yang secara jelas tidak langsung menghiraukan sensetiviti umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, PKPIM melihat bahawa isu ini sangat berkait rapat mengenai kebebasan media-media yang semakin hari meracuni pemikiran golongan pelajar terutamanya dalam pembentukan pemikiran dan pembacaan yang negatif. PKPIM kuatir jika perkara ini tidak dibendung dari awal secara serius akan menyebabkan wabak ini timbul lagi pada masa akan datang.

PKPIM melihat bahawa kenyataan maaf yang dikeluarkan sebelum ini sememangnya tidak cukup untuk sekadar melepaskan batuk di tangga. Merujuk kepada artikel juadah berbuka puasa yang juga sebelum ini di keluarkan oleh The Star, mereka seolah-olah cuba memulakan permainan mereka. Walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mendapatkan keterangan, tetapi dengan hanya menyiarkan kenyataan maaf sudah cukup untuk membisukan umat Islam di Malaysia. Akibatnya, mereka sekali lagi berani mencuba untuk memaparkan gambar Erykah Badu yang bertatoo dengan kalimah Allah di dadanya dan meminta maaf buat kali ke dua.

PKPIM sekali lagi menegaskan bahawa pembentukan generasi pada masa hadapan perlu didasari dengan ilmu-ilmu pengetahuan dan pemahaman yang jelas tentang kefahaman Islam. Kita tidak mahu pelapis pada hari ini sering dibaja dengan bahan-bahan bacaan umum yang bersifat tidak langsung mendidik pemikiran yang sihat. Pembinaan budaya kefahaman Islam yang sering dilakukan pada hari ini kadang kala diruntuhkan juga oleh pelbagai pihak dan anehnya mendapat sokongan luar biasa pihak berwajib.

Oleh itu, PKPIM mendesak agar tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar perkara ini tidak berulang lagi. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua golongan yang berada diarus perdana agar mereka peka dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

 

MOHD SHAZNI ABDULLAH
SETIAUSAHA AGUNG PKPIM
013 3923 074

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)