CHEMOR, 31 Ogos: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkunjung ke Maahad Al-Ummah Chemor (MUC) dalam rangka mengeratkan hubungan silaturrahim antara PKPIM dengan para pelajar MUC.
Delegasi PKPIM ke MUC diketuai oleh Naib Presidennya, Saudara Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh. Turut bersama, Saudari Siti Fatimah Binti Shahar, Bendahari Kehormat PKPIM.
Menurut guru merangkap ketua warden, Ustaz Amri, kehadiran PKPIM ke MUC adalah cukup bermakna, memberi semangat dan motivasi serta menyuntik idealisme para pelajar MUC.
“Hubungan erat PKPIM dan MUC harus selamanya disuburkan” ujar beliau.
PKPIM juga berkesempatan mengadakan pertemuan khas dengan persatuan dan para pemimpin pelajar MUC seperti Briged Bakti Perak unit MUC dan Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) unit MUC.
Dalam kesempatan itu, PKPIM menyatakan kesediaannya untuk berkerjasama membangunkan syaksiyah dan potensi pelajar MUC.
MUC merupakan antara sekolah menengah aliran Azhariyah yang ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Perak. Sekolah ini merupakan antara seklah terbaik dalam kategori sekolah agama di Negeri Perak Darul Ridzuan.