Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM GESA RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN URUSAN PMX DI RIYADH, (UNTUK PALESTIN) DIPERMUDAHKAN

PKPIM menzahirkan solidariti penuh terhadap perjuangan pembebasan Palestin, yang kini berada di bawah penindasan genosida Israel yang kejam, yang telah berlarutan selama 100 hari.

PKPIM bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri Agama telah menganjurkan program bacaan Yaasin dan solat hajat di surau-surau dan sekolah-sekolah di seluruh negara, memohon perlindungan dan pembebasan untuk saudara-saudara kita di Palestin.

PKPIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam ini yang melampaui batas kemanusiaan dan menginjak-injak undang-undang antarabangsa. Pendirian Malaysia yang konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin yang kini dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Diraja Anwar Bin Ibrahim menunjukkan ketegasan yang luar biasa.

Langkah beliau untuk mencadangkan pengusiran Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Riyadh adalah satu tindakan berani yang wajar disokong oleh seluruh umat Islam.

PKPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama berdoa untuk kejayaan dan perlindungan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan keadilan dan kebebasan Palestin di persidangan tersebut. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan kekuatan kepada beliau untuk membawa suara umat Islam demi kemerdekaan Palestin yang telah lama dinantikan.

Hidup Biar Berjasa!

Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)