Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM DUKACITA TRAGEDI PEMBUNUHAN DI MEDAN RABAAH AL-ADAWIYA, MESIR

PKPIM DUKACITA TRAGEDI PEMBUNUHAN DI MEDAN RABAAH AL-ADAWIYA, MESIR

15 Ogos 2013, 8 Syawal 1434H

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merasa sangat dukacita dan kecewa dengan kejadian pembunuhan di Medan Rabaah Al-Adawiya, Mesir pada 14 Ogos 2013 yang mengorbankan ratusan orang dan mencederakan ribuan yang lain. Pembunuhan beramai-ramai ini tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dalam bulan Syawal yang mulia ini.

PKPIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera membunuh rakyat Mesir yang menuntut keadilan dan hak demokrasi mereka. Jeneral Tentera Abdul Fattah as-Sisi dan pimpinan kerajaan sementara Mesir yang tidak sah harus bertanggungjawab atas setiap titisan darah rakyat Mesir yang mengalir. Tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini membuktikan mereka tidak layak menjadi pemimpin negara dan perlu dikecam oleh semua pihak.

PKPIM dengan ini menyeru agar kepimpinan Presiden Dr. Muhamad Morsi yang dipilih melalui demokrasi pilihanraya pada tahun 2011 dikembalikan dengan aman. Jelas, rampasan kuasa melalui kudeta tentera yang dianggap sebagai medium kestabilan negara seperti yang dilaungkan oleh as-Sisi adalah tidak benar. Prinsip demokrasi dan keadilan perlu dipertahankan dan dihormati oleh semua pihak.

Justeru, PKPIM dengan ini menggesa agar kerajaan Malaysia bertegas dalam isu mempertahankan hak rakyat Mesir sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Turki. Dengan demikian, ia membuktikan keprihatinan kita terhadap rakyat di peringkat antarabangsa. Selain itu, kami menyeru agar semua rakyat Malaysia mengadakan solat hajat mendoakan rakyat Mesir serta membacakan doa Qunut Nazilah ke atas mereka.

PKPIM juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat dengan tragedi hitam di Rabaah Al-Adawiya dan berdoa semoga Allah s.w.t menganugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada mereka dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Setiausaha Agung
PKPIM sesi 2012/2013

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)