Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM di Ihya’ Ramadhan SMK Gombak Setia

GOMBAK, 01 Ogos 2011: Ramadhan menjelma lagi. SMK Gombak Setia mengambil keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak dengan melancarkan Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah yang bermula tanggal awal Ramadhan. Majlis pelancaran ini diserikan dengan sesi Ceramah Ihya’ Ramadhan oleh Saudara Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh, Penolong Setiausaha 1 PKPIM.
Mohammad Fazril telah menyampaikan ceramah Ihya Ramadhan di hadapan lebih kurang 2000 orang pelajar sesi pagi dan 1500 orang pelajar sesi petang. Dalam ceramahnya, beliau memberikan penjelasan mengenai kelebihan dan kebesaran bulan Ramadhan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang beriman. Beliau turut menyentuh soal menjaga hak Ramadhan iaitu mengejar kelebihannya dan mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kesalahandan dosa.
Menurut guru panitia Agama SMK Gombak Setia Ustazah Khairinnisa, para pelajar yang semuanya dalam usia remaja ini sememangnya tidak begitu gemar mengikuti kuliyah-kuliyah agama, akan tetapi dengan wujudnya persatuan pelajar Islam seperti PKPIM ini, pengisian kuliyah ini dapat disampaikan dengan cara yang kreatif, sesuai dengan citarasa dan jiwa orang muda. Oleh yang demikian beliau menyatakan pihak sekolah telah mengambil keputusan menjemput PKPIM bagi menyampaikan ceramah dalam majlis pelancaran Ihya’ Ramadhan.
Respon yang baik diterima daripada para pelajar dan guru SMK Gombak Setia. Acara perasmian disempurnakan oleh Puan Pengetua, Puan Maznah Ahmad. SMK Gombak Setia bakal menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang bulan puasa ini antaranyatadarus al-Quran, buletin Ramadhan, Anugerah Pelajar Mithali, Pertandinagan Menulis Tazkirah, Ceramah Nuzul Quran, Iftar Jama’i dan Majlis Khatam al-Quran.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)