Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2016 SELURUH NEGARA

 

 

 

 

 

 

 

 

PERUTUSAN PRESIDEN

SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2016 SELURUH NEGARA

06 November 2016

“Terus Berjuang, Jangan Pernah Mengalah”

1. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin Waala Alihi wasohbihi Ajma’in.

2. Setinggi pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, pentadbir dan pemilik alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, penyebar rahmat dan berkat dalam kehidupan.

3. 7 November 2016 hingga 6 Disember 2016, adalah tarikh keramat dan penting buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara. Mewakili seluruh teman-teman Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya mengucapkan selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik di dalam peperiksaan ini. Terus berjuang, jangan pernah mengalah.

4. Pastikan persiapan fizikal dan mental dibuat dengan rapi dan teratur. Berikan fokus yang terbaik, jangan bermalas-malasan dan bertangguh. Tentunya masa yang telah berlalu tidak akan berulang. Jadi manfaatkan kesempatan masa “keemasan” yang ada untuk mengulangkaji dan fahamkan pelajaran dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

5. Jaga diri dan kesihatan adik-adik. Dapatkan rehat yang berkualiti dan gaya pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.Tenangkan fikiran dan optimis dengan keupayaan dan potensi adik-adik untuk skor terbaik.
“If there is a will , there is a way” (Dimana wujud 1 kemahuan , disitu terbentang 1000 jalan).

Adik-adik yang berjuang,

6. Dalam menikmati ilmu, keberkatan merupakan perkara penting yang harus diberikan perhatian. Jagalah hubungan sesama ibu ayah, guru-guru, sahabat-sahabat dan insan sekeliling. Doa dan restu mereka amat penting memastikan ketenangan dan keberkatan dalam mencapai kecemerlangan yang dicita-citakan.

7.Sasterawan dan ahli balaghah Abu Hilal al-‘Askari menegaskan pengalaman menikmati kelazatan ilmu merupakan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Beliau berkata, “sejak kami mengenal nikmat ilmu tidak lagi kami merasai nikmat rasa manis dan lazat yang lain”. Oleh itu, ayuh kita terus cintakan ilmu dan suburkan budaya ilmu dalam kehidupan.

Adik-adik yang bitara,

8. Kami teman-teman PKPIM, ibu ayah, dan guru-guru mendoakan kejayaan yang cemerlang khusus buat adik-adik semua. Semoga diberikan ketenangan menjawab soalan peperiksaan, ditajamkan akal fikiran serta dipermudahkan segala urusan. Insyaallah, kejayaan milik kalian.
“Always do your best and let God do next” (Senantiasa buat yang terbaik dan serahkan kepada Allah segala apa yang terjadi nanti).

9. Ayuh merenung dan menghayati Firman Allah SWT dalam surah al Insyirah ayat 6 sebagai inspirasi.

“Sesungguhnya dalam kesukaran pasti ada kemudahan”

Terus berjuang, terus bitara, terus berjasa.

HIDUP BIAR BERJASA

Muhammad Khair bin Sujud
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

    Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا [...]
    Read more

    PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

    PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang [...]
    Read more

    PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

    Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan [...]
    Read more

    UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

    Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)