Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perutusan Presiden Sempena Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016

19hb Januari 2017

“Mensyukuri Nikmat Kejayaan, Perteguh Tekad Menjadi Ilmuwan Umat”

1. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin wal ‘Aqibatulil Muttaqin Wala ‘Udwana illa ‘Alaz zholimin. Rabbi Zidni ‘ilman Warzuqni Fahma.

2. Setinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang paling berharga. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, penyebar rahmat dan berkat seluruh alam.

3. Hari ini, 19hb Januari 2017 detik yang dinantikan buat calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 seluruh negara dengan pengumuman keputusan peperiksaan akan diumumkan. Saya mewakili saf qiyadah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan tahniah atas kejayaan adik-adik. Keputusan yang keluar pastinya pelbagai. Apapun, buat yang kurang berjaya, teruskan perjuangan dan jangan sesekali berputus asa. Yakinlah bahawa peluang masih terbuka untuk mencipta kejayaan yang gemilang pada masa akan datang.

Adik-adik yang bitara,

4. Zahirkan kesyukuran kepada Allah Rabbul Izzati atas kejayaan yang dikecapi. Titipkan apresiasi dan ucapan jutaan terima kasih buat ibu bapa, guru-guru dan insan sekeliling yang senantiasa mendoakan kalian. Kejayaan ini merupakan anugerah Allah SWT untuk terus kita beramal dengan ilmu yang telah kita pelajari. Terus suburkan budaya ilmu dalam diri, lazimi pembacaan, diskusi, dan segala kegiatan ilmiah.

5. Pembelajaran kalian sepanjang pengajian STAM sangat berguna dan bermakna. Bahasa arab adalah bahasa al-Quran. Nilai yang sangat agung dan bermakna. Segala yang telah dihafaz, cuba fahami sebaik mungkin dan diaplikasi dalam kehidupan. Perkara ini sangat penting untuk lanjutan pengajian yang akan datang di peringkat yang lebih tinggi.

Adik-adik yang berjuang,

6. Cabaran dan tribulasi selepas STAM menjadi semakin hebat. Persaingan yang hadir perlu didepani dengan penuh tekad dan keazaman yang utuh. Terus menjadi insan yang bermanfaat dan berbakti kepada Umat. Kalian punyai ruang dan peluang yang cerah menyambung pengajian di Timur Tengah seperti Universiti al-Azhar, Mesir. Juga di Universiti Yarmouk dan Universiti Mu’tah di Jordan dan pelbagai tempat khazanah ilmu yang boleh dijejaki. Universiti-universiti tempatan juga menawarkan pelbagai jurusan yang boleh dipilih untuk lanjutan pengajian kalian dalam proses melahirkan ilmuwan umat. Garap dan manfaatkan sepenuhnya kesempatan di alam universiti nanti. Belajar bersungguh-sungguh dan berikan fokus terbaik. Kami mendoakan kalian menjadi ilmuwan Islam berjiwa ummatik yang mampu memberikan solusi kepada permasalahan yang mendatangi kita. Manfaatkan juga kesempatan terbaik sebelum masuk alam kampus nanti dengan meningkatkan kompetensi diri masing-masing.

Adik-adik yang berjiwa ummatik,

7. “Mengulama’kan intelektual, mengintelektualkan ulama” menjadi hasrat dan impian kita bersama. Saling memanfaatkan kepakaran demi kegemilangan umat. PKPIM menyediakan platform terbaik buat adik-adik sebagai persiapan sebelum menjejak kaki ke alam kampus. Ayuh sertai Perkampungan Menara Gading (PMG) yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, STAM dan STPM. Pendedahan budaya ilmu dan persiapan menjadi seorang mahasiswa bitara dalam berdepan ujian dan cabaran terutama di universiti. Berikut dinyatakan tarikh-tarikh penting penganjuran PMG seluruh negara.

1. PMG Bintulu, 7-8hb Januari 2017
2. PMG Johor, 19-21hb Januari 2017
3. PMG Sarawak, 20-22hb Januari 2017
4. PMG Pahang, 27-29hb Januari 2017
5. PMG Sabah, 27-29hb Januari 2017
6. PMG Kedah, 27-29hb Januari 2017
7. PMG Perlis, 28-30hb Januari 2017
8. PMG Pulau Pinang, 3-5hb Februari 2017
9. PMG Selangor, 3-5hb Februari 2017
10. PMG Terengganu, 9-11hb Februari 2017
11. PMG Kuala Lumpur, 10-12hb Februari 2017
12. PMG Negeri Sembilan, 24-26hb Februari 2017
13. PMG Melaka, 17-19hb Mac 2017
14. PMG Kelantan, 23-25hb Mac 2017
15. PMG Kebangsaan, 7-10hb April 2017

Untuk maklumat lanjut keseluruhan pergerakan PMG boleh rujuk dan like Facebook: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

8. Semoga agenda PMG ini dapat memberikan inspirasi dan persiapan yang terbaik buat adik-adik. Yakin potensi dan bakat masing-masing. Prof Dr Hamka mengungkap bahawa “kehidupan adalah sebuah perjuangan”. Jangan pernah mengalah dan terus perteguh tekad untuk menjadi yang terbaik. Ikhlas dan bersungguh-sungguh akan meraih keberkatan Allah. Kita adalah harapan dan permata umat. Ayuh kita merenung dan memahami pesan Allah SWT yang menggambarkan ciri-ciri umat yang terbaik.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan dalam kalangan manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”.

(Surah Ali Imran ayat 110)

Terus berjuang, terus bitara,terus berjasa.

HIDUP BIAR BERJASA

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

ARTIKEL & BERITA PKPIM

PERUTUSAN KHAS TAHUN BAHARU PRESIDEN PKPIM 23/24

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakyat Malaysia. Pada tahun baru ini, bersama-sama kita memanjatkan doa agar saudara-saudara di Palestin dipermudahkan segala urusan [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)