Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perutusan Presiden Sempena Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016

Perutusan Presiden Sempena Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016

16hb Mac 2017

“Memaknakan Erti Kejayaan, Menjulang Kebitaraan Pelajar “

“Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang berilmu.
Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena, kecuali mereka yang beramal.
Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu kecuali mereka yang ikhlas.”

(Imam al Ghazali)

1. Alhamdulillahi Rabbil ‘ Alamin Wal ‘ Aqibatu Lil Muttaqin Wala ‘Udwana illa ‘ Alaz zholimin.

2. Setinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah SWT, Tuhan penguasa sekalian alam. Selawat dan salam buat Al Rasul SAW, penyebar rahmat dan berkat. Baginda tampil sebagai qudwah hasanah ikutan terbaik sepanjang zaman.

3. Mewakili seluruh saff qiyadah dan warga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2016 di seluruh negara. Keputusan yang bakal diumumkan pada hari ini pasti menghadirkan pelbagai reaksi dan wajah, tetapi ingatlah adik-adik bahawa keputusan yang bakal diterima bukanlah penentu segala-galanya. Buat yang cemerlang, jangan menyombong diri. Perbanyakkan syukur kepada Allah SWT atas segala nikmatNya. Buat yang kurang cemerlang, jangan berputus asa, teruskan langkahan kehadapan dan terus berjuang.

Adik-adikku yang bitara dan berjasa,

4. Dedikasikan seikhlasnya ucapan terima kasih buat ibu bapa dan guru-guru yang telah banyak mendidik, mengajar dan berkorban. Kekalkan adab sebagai penuntut ilmu, mudah-mudahan kehidupan kita akan terus cemerlang dan berkat.

5. Kami yakin adik-adik telah lakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang lepas. Apa jua natijah yang diperoleh, terimalah dengan redha. Ini adalah permulaan kepada sebuah perjuangan dalam permusafiran yang panjang sebagai memikul amanah keilmuan dalam kehidupan. Ketika terasa hampir berputus asa, tajdid (perbaharui) semula niat perjuangan. Permusafiran yang panjang ini bukanlah perjalanan kaki tetapi perjalanan hati (nilai kesungguhan dan keikhlasan). Kalian sedang dipersiapkan dengan sesuatu yang besar untuk memperjuang dan mengangkat martabat umat. Perkara yang lebih utama ialah menghayati dan melaksanakan paduan ilmu dan amal.

Adik-adikku yang berpotensi dan berbakat,

6. Pilihlah jurusan dan tempat yang terbaik untuk melanjutkan pengajian. Pastikan perkara tersebut bersesuaian dengan kelayakan dan minat yang hendak diceburi. Kursus-kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya menjadi rebutan ramai pelajar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan juga pengajian sastera juga semakin menjadi tumpuan dan sasaran lepasan SPM untuk diceburi.
Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga boleh adik-adik manfaatkan sebagai menyahut seruan kerajaan meningkatkan jumlah tenaga mahir menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

7. Peluang dan ruang terbuka luas buat kalian. Fikirkan dan buatlah keputusan yang terbaik. Tiada alasan untuk adik-adik tercicir pengajian pasca SPM. Peluang tersedia dan garapkan peluang dengan segera.

Adik-adikku yang cintakan ilmu dan amal,

8. Kekalkan sifat tawaduk dalam diri dan terus perteguh tekad cintakan ilmu. Latih diri untuk membugar budaya ilmu dalam kehidupan. Mulakan dengan pembacaan yang konsisten setiap hari. Menikmati kelazatan ilmu perlu dihiasi sikap berlapang dada dan semangat cintakan kebenaran dan keadilan.Tanpa semangat ini, ilmu akan menjadi seperti yang diungkap oleh Allamah Muhammad Iqbal, tokoh falsafah dan pujangga Pakistan;

“sejuk seperti mayat, tetapi jika bernafaskan cinta, ia akan terbang tinggi ke alam malaikat”

9. Kehidupan ini adalah anugerah. Manfaatkan segala kesempatan, ruang dan peluang yang ada untuk meningkatkan kompetensi diri dan menyebarkan manfaat kepada orang lain.

10. Kami mendoakan yang terbaik untuk perjalanan hidup kalian yang lebih bermakna pasca SPM. Memaknakan erti kejayaan, menjulang kebitaraan pelajar. Kalian adalah bakal mahasiswa bitara.

Terus berjuang, terus bitara, terus berjasa.

HIDUP BIAR BERJASA

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

16hb Mac 2017

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)