Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERNILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) : SATU LALUAN PENGHAYATAN ILMU DAN MEDIUM MELAKAR KEJAYAAN

Dalam konteks pendidikan, Ilmu dilihat sebagai aspek yang penting dalam pembinaan modal insan.  Aspek ini berkemampuan dalam membangunkan nilai-nilai ‘karamah insaniah’ dan potensi kendiri dalam segenap perkara. Ilmu merujuk kepada kefahaman seseorang tentang sesuatu perkara secara sistematik dan sedar. Malah, harus difahami bahawa ilmu itu datangnya dari Allah dan seharusnya ditegakkan dengan kebenaran. Lantas Allah sentiasa menjanjikan darjat yang tinggi bagi mereka yang berilmu.

“ Allah mengangkat orang-orang  yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan (diangkat lagi) beberapa darjat.”  (Al-Mujadalah : 11)

Oleh itu, adalah menjadi keperluan kepada setiap muslim untuk mencari ilmu. Ia selari dengan suruhan agama. Diriwayatkan At-Tarmidzi hadis dari Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

‘Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka dia adalah pada jalan Allah, sehinggalah dia kembali.”  

Begitu besar darjat mereka yang menuntut ilmu sehingga Allah memberi jaminan bahawa Dia sentiasa bersama dan meredhai golongan penuntut ilmu.

Sepanjang proses menuntut ilmu, pelajar akan melalui beberapa fasa pernilaian. Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar atas ilmu yang dipelajari. Kemampuan menterjemahkan ilmu memberi gambaran akan penguasaan ilmu tersebut. Yang menjadi keutamaan adalah tindakan menggunapakai (aplikasi) ilmu dalam kehidupan seharian. Malah, apa yang lebih utama adalah ilmu perlu dimanfaatkan bagi membangunkan masyarakat.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) telahpun tiba. Sekali lagi, peperiksaan ini menguji persiapan pelajar yang telah menuntut ilmu selama sembilan tahun dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bagi calon-calon yang sedang menduduki PMR, persiapkan diri sebaiknya. Disiplinkan diri dalam pengurusan masa yang efektif dengan membahagikan masa dalam mengulangkaji pelajaran, berehat secukupnya.Kesihatan harus dijaga supaya tiada gangguan untuk pelajar menimba ilmu. Ini bagi memastikan fikiran yang cergas dan fokus terutamanya semasa berada di dalam dewan peperiksaan.Tidak dilupakan untuk berdoa dan beribadat dengan istiqamah agar diberi petunjuk oleh Allah dan dibuka jalan sepanjang proses keilmuan.

PKPIM mengucapkan salam imtihan kepada calon-calon yang sedang menghadapi PMR. Diharapkan melalui peperiksaan ini, akan terbina kesedaran dalam jiwa anak muda akan besarnya amanah dalam menimba ilmu. Lantas menyumbang kepada pembanggunan diri, keluarga, masyarakat dan negara di samping melakar kejayaan yang unggul.

Hidup Biar Berjasa

ALIEMRAN NORASID
Presiden
PKPIM Sesi 2013/2014

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)