Wacana TBMB (Teknik Belajar Mahasiswa Bitara) ini merupakan antara projek pembangunan dan latihan yang dirangka oleh PKPIM dalam usaha meneruskan agenda kecemerlangan pelajar dan mahasiswa. Program ini diadakan di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) pada 06 Jun 2013 (Khamis), bertempat di Dewan Kuliah B (DKB) PASUM.
Dihadiri oleh lebih 60 orang pelajar-pelajar baharu PASUM, Wacana TBMB merupakan antara program julung-julung kali diadakan di sini. Sudah semestinya, kehidupan alam kampus berbeza dengan apa yang pernah dilalui ketika berada di alam persekolahan. Oleh yang demikian, program ini merupakan antara acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh para pelajar, khususnya yang baharu mendaftar.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang menyertai program ini khususnya kepada mahasiswa PASUM!
HIDUP BIAR BERJASA!