Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Meraikan Kepelbagaian Dalam Transformasi Pendidikan Negara: Tetap Pertahankan FPK

M. Kogan dalam karyanya yang berjudul ‘The Politics of Educational Changes’ (1978) meyentuh secara langsung tentang betapa sukarnya  melakukan perubahan dalam konteks pendidikan secara menyeluruh. Beliau menyatakan:

“Pendidikan itu politik. Ia sensitif. Ia menggambarkan hasrat dan pilihan masyarakat yang pelbagai yang sering berkonflik”.

Memang tidak dinafikan, melakukan perubahan kepada sistem bukan suatu tugasan mudah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kepelbagaian budaya, agama dan identiti bangsa menyulitkan lagi proses pelaksanaan transformasi. Pastinya isu-isu sensitif yang melibatkan kepentingan kaum-kaum tertentu akan diperhalusi dengan penuh ketelitian agar segala tindakan kerajaan tidak menjadi bebanan yang merugikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya diberikan pujian atas keberanian mereka mengusulkan penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang dibentangkan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 pada 11 September yang lalu.

Respon dan reaksi yang pelbagai diterima selepas pembentangan ini berlangsung. Pastinya ada pihak yang tidak berpuas hati kerana tuntutan mereka tidak dimasukkan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan ini.

Ada pihak yang masih bertegas mendesak pihak Kementerian mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Malah, mereka juga seolah-olah menuntut diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris seperti yang pernah wujud pada era kolonial dan tahun-tahun awal kemerdekaan negara dahulu.

Ada pula pihak yang mendesak kementerian agar lebih telus dalam penyediaan pelan ini dan mendesak supaya laporan panel khas Dialog Nasional Pendidikan Negara yang diketuai oleh Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dikeluarkan untuk diakses oleh masyarakat awam.

Malah tidak sedikit pula yang menyokong dan mempertahankan laporan awal Pelan ini.

Dalam riuh rendah reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat selepas pembentangan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan ini, adalah wajar untuk difikirkan langkah-langkah yang realistik dalam mencapai kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan tidak seharusnya diperjudikan gara-gara ingin meraikan kepelbagaian dan tuntutan pelbagai pihak.

Seorang ahli akademik yang juga merupakan tokoh pendidik dan pengkaji sistem pendidikan di Malaysia, Prof. Dr. Sufean Hussin pernah menggariskan lima langkah utama mencapai peningkatan kualiti:

1. Memperkemas jentera perkhidmatan infrastruktur.
2. Memperkemas jentera pentadbiran dan organisasi pendidikan.
3. Mengkaji dan menyusun semula kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi.
4. Menyusun semula kurikulum dan sistem latihan perguruan di maktab dan universiti.
5. Memperbaiki teknik dan sistem penilaian dan pentaksiran.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dibentang baru-baru ini boleh dikatakan memenuhi kelima-lima langkah pencapaian kualiti seperti yang digariskan di atas. Dengan perangkaan jangka masa pelaksanaannya serta fokus dan jangkaan keberhasilan yang jelas memungkinkan berlakunya perubahan dalam sistem sedia ada.

Cuma yang menggusarkan, apakah pelaksanaan dan operasinya nanti akan memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia yang majmuk dan rencam? Bagaimanakah kebijaksanaan pihak kementerian dalam meraikan kepelbagaian ini agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan sistem yang dilaksanakan? Jangan pula kerana takut kehilangan sokongan politik dan undi, tawar-menawar yang tidak menguntungkan berlaku.

Masyarakat Malaysia tentunya tidak mahu laporan Pelan Pembangunan Pendidikan yang tebal ini sekadar menjadi helaian lembaran yang disusun dengan laras bahasa yang mempersonakan semata-mata, tanpa kesediaan dan kesungguhan yang sebenar-benarnya daripada pihak bertanggungjawab untuk melaksanakannya sehingga berhasil seperti yang dirancangkan.

Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 seharusnya menjadi tonggak yang tetap tekal dalam setiap transformasi yang ingin dilakukan.

Walau apa pun tuntutan masyarakat, FPK harus terus tetap dipertahankan. Bagi masyarakat Malaysia yang prihatin, masih ada peluang menyatakan pandangan dan mengemukakan cadangan mahupun kritikan terhadap pelan ini sehingga penghujung tahun 2012 ini.

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)