Menuju Palestin Merdeka, seruan ke Global Day Action: Ceasefire now! Stop the war on Gaza
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tetap komited dan konsisten mengikuti perkembangan semasa terhadap konflik Palestin-Israel.
Peperangan Genosid ini telah berlaku melebihi 100 hari sangat memalukan dan menjadi paling terburuk dalam sejarah dunia di mana Israel terus menerus melakukan kemusnahan dan mengembom kediaman rumah berteduh, fasiliti kesihatan, institusi pendidikan dan lain-lain; melibatkan seramai 1.7 juta rakyat Palestin telah meragut sepenuh hak kemanusiaan secara total.
Ketumbukan angka kematian ini tetap terus meningkat hingga mencecah hampir 30,000 ribu rakyat Palestin termasuk golongan muda, warga tua terutama pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak kecil dan golongan wanita.
PKPIM bersama-sama 14 Badan Gabungan Negeri serta PKPIM Kampus Nasional menyeru kepada seluruh Mahasiswa untuk hadir ke Perhimpunan besar-besaran; Global Day Action: Ceasefire Now! Stop the war on Gaza yang akan berlangsung pada 13 Januari 2024, Sabtu pada jam 12.00 tengahari di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur bagi menunjukkan kesatuan suara Mahasiswa sebagai suara keramat dan ejen pengubah demi kemerdekaan di Palestin.
Hidup Biar Berjasa!
Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia