Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

MENGANGKAT ISU UMAT ISLAM ROHINGYA SEBAGAI ISU NASIONAL: PKPIM

SIARAN MEDIA

31 OGOS 2012 M / 13 SYAWAL 1433 H

MENGANGKAT ISU UMAT ISLAM ROHINGYA SEBAGAI ISU NASIONAL

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan rasa prihatin menyatakan hasrat supaya semua pihak mengangkat isu umat Islam Rohingya sebagai isu nasional dan menjadi kewajiban kepada seluruh bangsa Malaysia untuk membantu umat Rohingya yang tertindas.

Isu Rohingya yang menggemparkan dunia seantero telah membuatkan ramai yang terpanggil untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan tidak kira dari segi kewangan, kebendaan mahupun sokongan spiritual. Jumlah yang terkorban bagi suku kaum Rohingya semakin hari semakin meningkat. Adalah tidak adil sekiranya kita sebagai masyarakat bumi tidak prihatin akan isu ini. Sesungguhnya, isu yang melibatkan keimanan sejagat ini perlu difahami dengan lebih mendalam supaya menjadi iktibar kepada kita warga Malaysia.

Justeru, kami menyeru agar semua Persatuan Mahasiswa termasuklah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Haluan Siswa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), INSPIRASI, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan lain-lain supaya berpadu tenaga dengan Angkatan Belia Islam Malaysia dengan kerjasama Global Peace Malaysia (GPM) bagi menggerakkan kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan advokasi isu ini di peringkat nasional.

Oleh hal yang demikian, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekali lagi mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel “Memahami Isu Umat Islam Rohingya” bagi memberikan pencerahan dan kefahaman kepada pelajar dan belia di Malaysia untuk sama-sama membantu ummat Islam di Rohingya. Bengkel-bengkel sebegini akan di ratai di seluruh tanah air bagi memberikan pencerahan dan membumikan kefahaman isu yang berkaitan. Selain itu, kempen-kempen kutipan sumbangan juga akan digerakkan dengan bantuan Global Peace Malaysia (GPM) yang dijangka akan menghantar bantuan kemanusiaan ke sana.

Akhirnya, kami menegaskan bahawa seruan yang dilaksanakan adalah untuk mengangkat misi Rahmatan lil A’lamin dan membina keharmonian masyarakat dunia yang lebih aman dan harmoni. Kami mengharapkan agar Isu Umat Islam Rohingya ini dapat di maknai dalam kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-55 pada tahun ini. Sejajar dengan sambutan Syawal yang masih di pertengahan ini, kita berharap agar kedamaian masyarakat dunia sejagat dapat dikecapi.

‘HIDUP BIAR BERJASA’

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Sesi 2012/2013
013-222692
fahmi.iium@gmail.com

 

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)