Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Memperingati 8 Tahun Peristiwa Berdarah Masjid Kerisik.

Selatan Thailand merupakan wilayah asal orang melayu sehingga sekarang dan jika di selidik sejarah, ia merupakan sebuah negara yang bernama Fathoni Darussalam. Mereka tidak jauh bezanya daripada sejarah Malaysia iaitu mempunyai sistem Sultan dan kebnyakan mereka berketurunan dari Kelantan, Kedah dan Melaka.

Namun, selepas penjajahan British, Selatan Thai ini di beri kepada kerajaan Siam dan dimasukkan bersama dalam negara Thailand. Bumi selatan Thai atau Fathoni ini merupakan bumi yang subur yang penuh dengan kehijuan tumbuh-tumbuhan serta hasil laut malah mempunyai hasil galian yang cukup lumayan seperti minyak dan emas.

Apa yang mendukacitakan, negeri yang subur ini merupakan negeri yang bergolak yang menjadi perebutan antara kerajaan Siam dan pejuang Melayu. Hal ini menjadi semakin teruk bila berlakunya kes kecurian senjata di kem tentera dimana pihak keraan Siam dibawah Perdana Menteri Takhsin Shinawat menuduh pejuang Islam mencuri. Dari situ tentera di hantar masuk ke negeri kecil ini dan berkubu sehingga sekarang dengan alas an untuk membanteras puak pemisah.

Akan tetapi lain pula jadinya dimana penduduka Islam di sana pula menjadi mangsa kekejaman askar Siam dalam beberapa tragedi seperti peristiwa Tabal (Takbai) dan Peristiwa Masjid Kerisik yang mengorbankan ribuan nyawa umat Islam.

Hari ini 28 April 2012, sudah 8 tahun tragedi Majid Kerisik (Kruse Mosque ) berlalu dan yang pasti kenangan pahit ini tidak akan hilang di hati rakyat Pattani. Mereka kehilangan saudara-mara dengan sekelip mata sahaja dan ada juga yang cacat kekal. Sehingga sekarang menurut masyarakat setempat, pastinya tiga orang akan mati dalam sehari dan pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.

Masjid Kerisik merupakan salah sebuah masjid dalam Wilayah Pattani yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk beribadat. Peristiwa berdarah berlaku sewaktu masyarakat baru selesai menunaikan solat fardhu dan dengan tiba-tiba di kepung oleh tentera Siam, jemaah masjid tidak dibenarkan keluar dalam tempoh masa yang lama sehingga tembakan bermula yang bukan hanya dari tentera malah juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan kedalam kubah masjid.

Dapat dibayangkan situasi pada masa itu, rakyat yang tidak berdosa di bunuh sebegitu rupa yang cukup menggambarkan kekejaman pihak tentera dan kerajaan Thailand pada masa itu sehingga mengorbankan sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua yang tidak berdosa. Bukan setakat membunuh malah penduduk di ugut oleh ketua tentera dengan menggunakan pembesar suara masjid yang mengingatkan agar memberitahu yang melakukan ini adalah puak pemisah jika ditanya oleh pihak luar.

Inilah penindasan yang berlaku keatas rakyat selatan Thai oleh pihak tentera yang sekarang di kambus dengan bantuan-bantuan kerajaan kepada orang kampong seperti kambing, baja, beras dan sebagainya yang pasti tidak akan menebus segala nyawa yang melayang dan luka hati keluarga yang kehilangan saudara-mara.

Oleh itu, Alhamdulillah di negara lain seperti Malaysia ini cukup aman dan harus kita mensyukurinya atas nikmat beharga ini, namun tidak harus merasa selesa sepanjang masa. Marilah sama-sama kita berdoa kepada saudara seIslam di Selatan Thai, agar dibantu oleh Allah SWT dan dianugerahkan nikmat keamanan suatu hari nanti..Insya’Allah.

PKPIM di Masjid Kerisik

PKPIM di Masjid Kerisik 20011

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Exco Dokumentasi & Penerbitan, PKPIM
2011/2012

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)