Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Melahirkan Jiwa Merdeka Melalui Pendidikan

Bulan Ogos sinonim dengan kita sebagai bulan kemerdekaan. Pada bulan ini berbagai program dirancang seperti perarakan, ceramah dan persembahan seni. Kemuncaknya sama ada 31 Ogos Hari Kemerdekaan ataupun 16 September Hari Malaysia.

Namun seperti yang kita maklum program ini banyak bersifat hiburan dan mampu mencapai makna merdeka. Merdeka bukan sekadar pembebasan fizikal namun jiwa rakyat sendiri pelu merdeka. Merdeka jiwa bermakna bebas dari pengaruh pemikiran, ekonomi dan pendidikan. Jiwa merdeka mampu membina sistem sendiri dan mengambil perkara yang baik daripada luar.

Pendidikan adalah satu medium yang sangat penting dalam melahirkan jiwa merdeka. Setakat ini subjek sejarah dilihat sebagai penting dan rakyat perlu dididik menghargainya. Tanpa pemahaman terhadap sejarah, kita takkan mampu menghargai kebebasan yang dikecapi malah akibatnya pada masa kini kita akan berasa rendah diri yang terlampau merasakan diri kita tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Selain belajar perkara mengenai bagaimana Malaya merdeka dan juga pembentukan negara Malaysia, pelu pelajaran yang lebih mendalam tentang peranan Islam dalam pembentukan bangsa Melayu.

Perubahan terbesar pernah terjadi di benua kecil Asia Tenggara adalah dengan hadirnya Islam. Orang Melayu lupa akan hakikat itu atau tidak nampak kaitannya dengan perpaduan bangsa Melayu. Malah perpaduan Malaysia juga terjamin sekiranya sejarah difahami dengan betul bukan ditafsir mengikut selera pemikiran masing-masing. Perlu juga ditambah peranan Tamadun Cina dan India dan kaum-kaum lain dalam pembentukan Malaysia kerana itu yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Apabila belajar tentang penjajahan peradaban Barat di Asia Tenggara, perlu penekanan kepada kesan negatif atau positif kedatangan mereka di rantau ini.Malah perlu pengakuan daripada kita sendiri bahawa penjajahan masih belum berakhir terutamanya aspek yang disebut di atas iaitu pemikiran, ekenomi dan pendidikan. Selain itu, pembacaan sejarah perlulah diperluaskan ke peringkat Asia Tenggara, bukan sekadar negara Malaysia kerana perkara yang berlaku punya kesan terhadap negara kita.

Akhir sekali, pemahaman yang lebih jelas tentang makna merdeka menjamin perpaduan dan pembinaan negara Malaysia yang lebih bahagia

Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM
Sesi 2012/2013

(Artikel ini telah disiarkan di laman Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/letters/205823)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)