Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Majlis Pelancaran dan Wacana Buku Aksioma

Aksioma merupakan kompilasi 75 buah esei yang membicarakan persoalan kehidupan berkaitan aspek sosial, politik, kebudayaan, agama, sejarah, kesusasteraan, pemikiran, dan falsafah. Penulisan buku ini dibuat dengan menggunakan bahasa yang mudah serta disampaikan dengan bukti dan hujah yang dapat dipertanggungjawabkan.

Secara asasnya, buku Aksioma dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu pemikiran, sosial, keilmuan, belia dan politik. Setiap bahagian mengangkat idea yang meluas dan kompleks. Menerusi Aksioma, penulis berusaha mengajak pembaca agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan cara itu dapatlah kita membina masyarakat yang berpemikiran tinggi, berilmu dan berperadaban.

Penulisnya, Datuk Jaafar Rahim mantan karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan penulis esei yang produktif, tersohor dan banyak terlibat dalam kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan belia, pelajar dan persatuan penulis. Penglibatan beliau dalam kegiatan NGO tersebut sekurang-kurangmya dapat memberikan perspektif yang luas dan berbeza melalui pelbagai persoalan yang disentuh dalam tulisannya.

Oleh itu, anda semua dijemput ke Majlis Pelancaran dan Wacana Buku Aksioma karya Datuk Ja’afar Rahim di Kolej Dar al-Hikmah pada 2 November 2012 (Jumaat) jam 9:00 pagi. Antara yang akan hadir ialah En Nizal Mohamed (Personaliti TV), En Khalek Awang (Pemilik Khalek Awang & Associates dan CEO Global  Movement of Moderate Foundation) dan Puan Fadhlina Sidek (Naib Presiden HELWA ABIM).

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    DEMI AL-QUDS, MARILAH KITA BERSATU HATI

    Muhamad Adib Irfan FazilSaidatunnisa’ Zainuddin Bersempena dengan Sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Warga Palestin, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar [...]
    Read more

    PKPIM SOKONG PENUH PARLIMEN DIGITAL

    3 Julai 2020 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong penuh inisiatif Parlimen Digital yang bakal berlangsung pada 4 & 5 Julai 2020. Lebih membanggakan, [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)