Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Mahasiswa nyatakan pendirian politik berhubung PRU14

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), bersedia mengadakan permuafakatan dan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak bagi menjunjung prinsip demokrasi bersih dan memastikan suara rakyat dapat dimartabatkan.

Sebagai sebuah komponen masyarakat serta generasi pewaris hari muka, kami dengan penuh insaf dan yakin menyatakan pendirian kami bagi PRU14.

Kami yakin dan percaya dalam pembinaan sebuah negara demokratik dan maju,peranan dan potensi generasi mahasiswa sebagai rakan pembangunan negara tidak harus dikesampingkan.

Demikian kata presiden persatuan berkenaan, Muhammad Khair Sujud, dalam satu kenyataan.

Kata beliau, pihaknya cukup sedar bahawa masa depan negara terletak dalam pundak jiwa mereka.

“Justeru, PKPIM dengan ini menyatakan pendirian kami yang harus dipertimbangkan bagi memastikan agenda mengangkat martabat mahasiswa dapat dilaksanakan,” kata beliau.

Berikut adalah pendirian PKPIM berhubung PRU14 akan datang:

Pendirian ini terbina atas tiga prinsip utama iaitu :

1- Politik Santun Berjiwa Insani
2- Calon Berintegriti & Bersih
3- Pilihan Raya Bersih & Adil

Politik Santun Berjiwa Insani

1. PKPIM menlak sebarang bentuk politik berasaskan fitnah dan membunuh karakter calon bertanding.

2. PKPIM menolak sebarang bentuk politik yang bersifat rasisme dan meniup api perkauman.

3. PKPIM menolak sebarang bentuk penyalahgunaan dan penyelewengan nas agama dalam merialisasikan cita-cita politik.

Calon Berintegriti dan Bersih

1. PKPIM menggesa setiap parti menampilkan lebih ramai calon muda dan calon wanita bagi mewujudkan keseimbangan politik.

2. PKPIM menolak individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah dan politik wang sebagai calon pilihan raya.

Pilihan Raya Bersih Dan Adil

1. PKPIM menggesa SPR memastikan proses persempadanan pilihan raya yang adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

2. PKPIM menolak sebarang bentuk penyelewengan pilihan raya serta cubaan memanipulasi daftar pemilih.

 

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)