Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYATAAN MEDIA PKPIM: PKPIM TETAP BANTAH DLP, USUNG KERANDA 152 TANDA PROTES

3536_1065466680162499_8265140664069537312_nKenyataan Media PKPIM
26 Mac 2016

PKPIM TETAP BANTAH DLP, USUNG KERANDA 152 TANDA PROTES

PKPIM merujuk kepada kedegilan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meneruskan juga pelaksanaan program Dwibahasa (Dual Language Program) yang diperkenalkan awal tahun ini di 300 buah sekolah rintis seluruh Malaysia.

PKPIM menyatakan pendirian sikap kami yang konsisten membantah pelaksanaan program DLP yang pada hemat kami tidak menyelesaikan masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Ini jelas ditunjukkan dalam pendirian kami melalui kenyataan media PKPIM pada 06 November 2015 dan 15 Februari 2016 (Hujah-hujah bantahan dikemukakan dalam kedua-dua kenyataan media tersebut).

Menginsafi kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar, PKPIM selaku pertubuhan pelajar peringkat nasional menyokong usaha-usaha pengukuhan Bahasa Inggeris tetapi bukan dengan kaedah program Dwibahasa DLP ini yang jelas-jelas ‘menghidupkan’ semula “dasar gagal” Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijanjikan oleh kerajaan untuk dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2020/2021.

Siri-siri rundingan telah dibuat dengan pihak bertanggungjawab. Para sarjana, sasterawan dan budayawan jelas membantah dasar ini tetapi tidak dipedulikan. Soalan-soalan yang kami ajukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya dalam aspek teknikaliti dan mekanisme pelaksanaan ‘dipekakkan’ sahaja. Hujah balas kerajaan, menteri dan KPM mudah, samada mengulang hujah lama PPSMI (yang gagal) atau cuba memburukkan pihak yang membantah dengan tuduhan jumud dan anti-Bahasa Inggeris.

Sikap seperti ini jelas tidak profesional. Justeru, PKPIM bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI, Badan Bertindak Pendidikan Kebangsaan, gerakan sivil dan organisasi-organisasi pendidikan dan kemasyarakatan bersepakat untuk menganjurkan demonstrasi Bantah DLP hari ini, jam 2:30 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kami menyeru para mahasiswa, para pendidik, para aktivis dan masyarakat awam untuk sama-sama berperanserta dalam demonstrasi aman petang ini.

Dalam demonstrasi hari ini, kami akan kembali mengusung “Keranda 152” sepertimana yang pernah berlaku pada Mac 1967 dan Mac 2009. Harapan kami kepada kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan KPM, bersikap teluslah dalam isu ini. Kegusaran kami adalah berasas demi kepentingan anak bangsa Malaysia yang dicintai. Mohon kerajaan hentikan tindakan memperjudi nasib anak bangsa Malaysia yang kita cintai ini.

HIDUP BIAR BERJASA

Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

26 Mac 2016

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)