Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kem Jambori Remaja Islam Zon Selatan 2012

Kem Jambori Remaja Islam Zon Selatan telah diadakan pada 30 November hingga 2 Disember 2012 dan dihadiri oleh 150 orang. Kem selama tiga (3) hari dua (2) malam telah diadakan di Pusat Pertanian Sungai Mudah, Muar, Johor Darul Takzim dianjurkan bersama oleh Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) dan Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ini merupakan penganjuran kali ketiga dan pertama kali diadakan dengan kerjasama daripada PPINS dan PEPIM.

Kem Jambori Remaja Islam dianjurkan dengan tujuan untuk melahirkan remaja muslim yang bersifat survival dan berani untuk berhadapan dengan cabaran,  disamping itu dapat menerapkan nilai-nilai sifat kesukarelaan terhadap masyarakat setempat, melahirkan remaja muslim yang bersakhsiah tinggi dan berakhlak mulia, seterusnya merapatkan lagi ukhuwwah sesama peserta serta pihak yang terlibatAntara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Tancap Niat, Suai Kenal,Pecah Pendungan, Kuliah, Teori dan Praktikal Sembelihan, Explorace, Night Walk dan War Game.

Peserta yang hadir memperlihatkan semangat yang luar biasa serta perubahan yang baik dan ibu bapa yang menghantar anak mereka berpuas hati dengan perkembangan positif anak mereka. Presiden PKPIM Pusat, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin telah berpesan kepada para peserta agar kembali menyorot sejarah tokoh-tokoh Islam seperti Sultan Muhammad al-Fateh dan Salahuddin al-Ayyubi yang cukup berjasa kepada agama dengan mempelajari akhlak dan kesungguhan mereka agar kita juga mampu menjadi sehebat mereka.

ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAK
Setiausaha
Kem Jambori Remaja Islam Zon Selatan 2012

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)