Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

HiPer@Putrajaya: “Menyemai Ukhwah, Menyatu Fikrah”

Putrajaya, 7 Oktober 2012 : Ahad bertempat di Taman Wetland, Putrajaya telah di adakan Program Himpunan dan Pertemuan PKPIM (HiPer@Putrajaya) Serdang-Bangi-Nilai. Program yang bertujuan untuk mengumpul penggerak  jamaah di sekitar Serdang, Bangi dan Nilai itu telah dihadiri lebih 60 orang terdiri daripada ahli-ahli PKPIM dari kampus sekitar Serdang-Bangi-Nilai antaranya UPM, UKM, KUIS, GMI, dan KDH termasuk juga PEPIAS cawangan Bangi. Turut hadir sama Saudara Ahmad Saparuddin, Naib Presiden Kebangsaan ABIM bersama keluarga dan Ustaz Mohd Hafiz, YDP ABIM Serdang.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Saudara Aliemran, Naib Presiden Kebangsaan PKPIM merangkap Pengarah HiPer@Putrajaya. Setelah itu, acara beralih ke sesi kedua yang dipimpin oleh Saudara Hanis Zakaria dan Saudari Hawa Mas Azmar selaku Exco Pembangunan dan Latihan PKPIM dengan aktiviti bermodul telah dijalankan sebagai salah satu medium menyemai ukhuwah dan mengeratkan hubungan di samping menjana daya kreativiti hadirin yang terlibat.

Setelah itu, tibalah sesi menjamu selera di mana juadah disediakan sendiri dan dibawa secara ‘potluck’ dari kampus-kampus yang terlibat. Di akhir program, Saudara Ahmad Saparuddin berpesan bahawa kekuatan dakwah dapat dijana bersama serta fasiliti yang tersedia di Pejabat ABIM Bangi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli-ahli PKPIM. Ustaz Hafiz pula menyuarakan hasrat beliau agar program seumpama ini dapat lebih kerap di adakan bagi pemahaman dan penyatuan fikrah yang lebih berkesan.

Program di akhiri dengan sesi bergambar dan solat maghrib berjemaah. Pihak penganjur berharap akan wujud kerjasama yang berterusan dikalangan para hadirin, kampus serta BGN yang terlibat bagi meneruskan misi pengkaderan dan pentarbiyahan di kalangan ahli. Penglibatan dan komitmen yang mantap juga dapat diberikan untuk memperkuatkan lagi jentera operasi ahli-ahli PKPIM kampus dan BGN di kawasan Serdang, Bangi dan Nilai.

Amalina Ismail
Setiausaha
Program Himpunan dan Pertemuan PKPIM
Serdang-Bangi-Nilai

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)