Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

“Harapan Kepada Pemuda ” : Perutusan Presiden sempena Hari Belia Negara 2017

“Harapan Kepada Pemuda ”
Perutusan Presiden sempena Hari Belia Negara 2017
15 Mei 2017

“Memperteguh Jati Diri Belia, Realisasi Kegemilangan Negara”

Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin Wal ‘Aqibatu LilMuttaqin Wala ‘Udwana illa ‘alaz zholimin.Bersyukur ke hadrat Rabbul Izzati atas kurniaan nikmat kehidupan yang sangat berharga demi merealisasi amanah yang ditaklif di dunia ini.

Mewakili pimpinan dan seluruh aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2017 buat semua belia dan generasi muda di seluruh negara. Sambutan ini sebagai apresiasi kepada golongan belia sebagai “amanah dan tonggak ” dalam menentukan masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Penglibatan belia sebagai rakan pembangunan negara sangat signifikan dalam kegiatan berpersatuan mahupun dalam Badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan idealisme, intelektualisme, aktivisme dan spiritualisme dapat dimanfaatkan dengan baik demi umat dan negara.
Prinsip Amar Ma’ ruf Nahi Munkar harus disemat dalam diri setiap belia dan generasi muda.

Sikap dan reaksi belia tidak harus “membeku” pabila melihat kebejatan akhlak yang berlaku, rasuah yang dilakukan secara berjemaah dan segala aspek kefasadan yg terus bermaharajalela.

Perteguh prinsip dan jati diri berdepan cabaran rencam yg semakin mengganas dalam era kepesatan teknologi ini.

Cetusan “dhamir” perlu terus dinyalakan supaya belia senantiasa cakna dan prihatin keadaan sekeliling dan memberikan sumbangan yang terbaik.

Dengan segala aspek kemajuan yang dikejar dan diraih, jangan kita membangun sambil merobohkan, membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Inilah pesanan keramat yang dititipkan oleh sosok berjiwa besar yang merupakan mantan Perdana Menteri Indonesia, Mohammad Natsir.
Prof. Yusof al Qaradhawi juga memberikan reaksi tentang kepemudaan,

“Apabila kita hendak melihat wajah negara di masa hadapan, lihatlah pemuda Hari ini, Jika baik akhlak mereka, cerah masa depan negara, Jika sebaliknya, maka lihatlah saat kehancuran negara.”

Ayuh, bangkit dari lena! teruskan perjuangan dan jangan pernah mengalah. Masa depan negara ditentukan oleh kita generasi muda yang cintakan kebenaran dan keadilan.

Lakukan perubahan bermula dalam diri yang akhirnya menatijahkan sesuatu yang sangat bermakna buat umat dan negara.

Buat semua belia dambaan umat dan negara, suburkan sifat cintakan ilmu dan semangat patriotik dalam diri kita.Cintakan ilmu dan cintakan tanah air menginspirasi kita merealisasi pembinaan Bangsa Malaysia yang harmoni.

Memaknakan praktis ” kepelbagaian dalam bingkai kesatuan”.

Sempena Hari Belia Negara yang bersejarah ini , suka untuk saya titipkan puisi ” harapan kepada Muda” karya Allamah Mohammad Iqbal, tokoh falsafah dan penyair agung Pakistan.

Harapan Kepada Pemuda,

Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup membangunkan zaman yang baru, memperbaru kekuatan iman,
menjalankan pelita hidayat, menyebarkan ajaran khatamul-anbiya’, menancapkan di tengah medan pokok ajaran Ibrahim Api ini akan hidup kembali dan membakar jangan mengeluh jua ,

hai orang yang mengadu,
Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu,
Cahaya pagi telah terhampar bersih_
Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu,

Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu
Bersedialah dari sekarang

Tegaklah untuk menetapkan engkau ada
Denganmulah Nur Tauhid akan disempurnakan kembali
Engkaulah minyak atar itu , meskipun masih tersimpan dalam
kuntum yang akan mekar

Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini
Agar harum-harum narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk.
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad.

“Hidup Biar Berjasa”

Terus berjuang,
Terus bitara,
Terus berjasa.

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Merangkap
Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM)

15 Mei 2017

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)