Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

FENOMENA PENGHIJRAHAN ARTIS: PKPIM SAMBUT BAIK

KENYATAAN MEDIA

14 OGOS 2012 M / 25 RAMADHAN 1433 H

FENOMENA PENGHIJARAHAN ARTIS: PKPIM SAMBUT BAIK

Umum mengetahui, penghijrahan artis tempatan dengan imej yang mesra syariah telah menjadi fenomena dalam arus perdana. Rata-ratanya, mereka tampil dengan pakaian yang menutup aurat, imej yang lebih sopan serta terlibat secara langsung dengan program bersama masyarakat. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memuji dan menyambut baik perubahan positif tersebut yang dianggap berani menongkah arus dunia selebriti. Realitinya, bukan perkara mudah untuk keluar dari kebiasaan kerana barangkali terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikannya namun terbukti hijrah pada hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan dengan syarat berpaksikan niat yang baik dan kesedaran yang mendalam. Demikianlah peristiwa hijrah golongan Muhajirin dari Mekah ke Madinah dalam sejarah Islam turut merakamkan pengorbanan dan peristiwa getir yang dihadapi oleh Nabi dan para sahabat.

Perlu kita sedari bahawa artis adalah kelompok manusia yang berpengaruh terhadap masyarakat khususnya generasi muda. Daripada gaya pertuturan, fesyen berpakaian mahupun gaya hidup, kesemuanya telah menjadi budaya dan contoh ikutan. Maka, fenomena penghijrahan artis yang telah disebutkan sebenarnya berfungsi menyuntik budaya baru dalam mempengaruhi golongan muda ke arah yang dituntut oleh agama. Maka, hendaklah para artis yang telah berhijrah ini mewujudkan gelombang budaya yang boleh dijadikan ikutan seperti tutur kata yang baik, cinta kepada ‘ilmu, hormat-menghormati sesama insan serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Oleh yang demikian, PKPIM melihat fenomena ini berpotensi menjadi benteng sekaligus alternatif kepada lambakan budaya artis luar negara yang tidak sesuai dengan semangat kesopanan dalam wilayah kemalaysiaan untuk dicontohi oleh generasi muda.

Dalam pada itu, kemampuan, kepakaran, bakat dan kecenderungan yang dimiliki oleh mereka harus dimanfaatkan untuk merealisasikan agenda transformasi dalam industri seni dan hiburan yang lebih mematuhi lunas-lunas Islam, membina jati diri sekaligus menyeru masyarakat ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sepertimana Khalid Al-Walid r.a yang tetap diberikan tugas memimpin angkatan tentera Muslim walaupun baru memeluk Islam kerana kepakaran dalam taktik peperangan yang dimiliki olehnya tidak dipunyai oleh para sahabat yang lain. Maka, tidak wajar andai ada sesetengah pihak yang menganggap artis bertudung itu tidak komersial atau tidak sesuai dengan kehendak ramai.

Dalam masa yang sama, PKPIM turut mengkritik suara sumbang yang tidak senang dengan penonjolan artis yang berhijrah. Pendapat yang mengatakan bahawa artis tidak layak menjadi ustaz atau ustazah adalah keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat berlumba-lumba membuat kebaikan seperti yang disarankan oleh Al-Quran. Mereka seharusnya dibimbing dengan betul bukan dikritik dengan kata-kata yang tidak enak didengar.

Sehubungan dengan itu, PKPIM berpendirian bahawa suara-suara ‘tidak senang’ tersebut mesti dihentikan segera untuk mengelakkan konflik atau tuduhan-tuduhan melulu yang tidak mendatangkan faedah. Sindiran negatif juga tidak seharusnya datang dari kelompok agamawan yang dikhuatiri bakal mencemarkan imej mereka sendiri sebagai golongan yang dihormati oleh khalayak umum. Hakikatnya, tugas menyeru kepada kebaikan adalah tanggungjawab setiap yang bernama Muslim seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW: “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”.

Demikian juga PKPIM turut bersedia memberi ruang kepada mereka untuk terlibat sama dalam menjayakan misi ta’dib generasi muda yang menuntut penglibatan dan komitmen daripada semua pihak. Tambahan pula keberadaan dalam bulan ramadhan ini akan meningkatkan perubahan diri ke arah yang lebih baik dan medan yang baik untuk berubah. Kesimpulannya, PKPIM berharap agar kita sama-sama berdoa supaya penghijrahan para artis tersebut berterusan dan menyuntik semangat hijrah ke dalam kehidupan masyarakat.

‘HIDUP BIAR BERJASA’

Khairul Anuar Bin Abdul Manap
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Sesi 2012/2013
013-3084064
anuarmanap@gmail.com

*disiarkan di mynewshub pada 14 Ogos 2012, boleh layari di http://mynewshub.my/2012/08/14/pkpim-puji-artis-tukar-imej/

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)