Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

BUSANA MUSLIMAH YANG DISALAH ERTIKAN


Busana Muslimah semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya remaja dan kanak-kanak Secara ringkasnya pakaian mengikut ciri wanita muslimah adalah tidak jarang atau nipis dan tidak terlalu ketat, hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Bukan pakaian yang menggoda. Ia juga tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian wanita kafir (seperti artis Barat). Selain itu ia bukan pakaian ‘Syuhrah’ (bertujuan untuk mencari populariti).

Namun, realiti hari ini, fesyen pemakaian Busana Muslimah yang digembar-gemburkan dan diperagakan di majalah dan televisyen tidak selari seperti yang dinyatakan diatas. Kebanyakkan busana yang terdapat di pasaran adalah mengikut tubuh badan dan material yang digunakan adalah jarang. Pemakaian ‘Busana Muslimah’ itu sudah menjadi suatu fenomena yang mana kebanyakkan orang memakainya untuk mengikut peredaran zaman (trendy) supaya tidak dikatakan kolot. Niat berpakaian bukanlah lagi berdasarkan keikhlasan untuk mengikut perintah Allah.

Penggunaan istilah ‘Busana Muslimah’ harus diteliti dengan sebaiknya bagi semua pakaian bukannya hanya menempelkan terma ‘muslimah’ namun hakikatnya tidak menepati syariah secara keseluruhan.  Busana Muslimah yang terdapat di pasaran hanyalah pada nama tetapi tidak pada hakikatnya. Tidak dinafikan, banyak juga jubah-jubah dan jenis pakaian lain ada terjual dipasaran. Walaubagaimanapun, fesyen yang disebalik dari itu lebih laris berbanding jubah tersebut.

Selain itu, penulisjuga tidak bersetuju dengan beberapa pihak yang kurang sensitif dalam menyediakan pakaian seragam untuk wanita. Sudah menjadi norma, dapat kita lihat pakaian seragam yang disediakan oleh pihak penganjur program biasanya mengikut pemakaian lelaki iaitu berlengan pendek. Sebagai seorang yang berada di negara Islam  dan tambahan jika beragama Islam, pihak tersebut harus peka dengan hal ini. Walaupun mereka menyediakan pakaian seragam untuk sesuatu program, pakaian yang disediakan untuk peserta dan ahli jawatankuasa wanita hendaklah menurut syara’ iaitu longgar, labuh dan berlengan panjang.

Ini bukanlah fesyen yang sepatutnya ada pada setiap wanita yang beragama Islam malah fesyen wanita di Malaysia pada hari ini sudah banyak terikut-ikut dengan fesyen Barat yang kebanyakan juga diperagakan oleh artis-artis tempatan. Kita bimbang sekiranya amalan berfesyen seperti ini tidak dicegah dari sekarang, kemungkinan besar fesyen muslimah sejati yang mengikut syara’ akan pudar dan hilang daripada amalan masyarakat kita. Tambahan pula, cara pemakaian boleh mempengaruhi pemikiran serta tindakan seseorang. Oleh itu, kita juga khuatir fesyen yang kian merebak ini akan mempengaruhi sikap wanita masa kini.

Oleh itu, adalah disarankan agar fesyen Busana Muslimah diperhalusi penghasilannya agar benar-benar mengikut panduan yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-sunnah. Para pereka fesyen, penjahit baju, penjual pakaian perlu lebih teliti dalam menyediakan pakaian untuk wanita muslimah. Para wanita juga perlulah sedar akan cara pemakaian yang dibenarkan. Oleh yang demikian, aspek didikan dalam keluarga perlu memberatkan soal pemakaian anak-anak. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam memahami isu ini sekali gus mengimplementasikannya pada diri sendiri dan orang disekitarnya. Media juga perlu menonjolkan imej-imej yang positif agar penonton atau pembaca tidak keliru dengan cara pembawakan yang sebenar.

 

Aimee Jamil & Hanan Aqilah

PKPIM UIAM Kampus Induk

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)