Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

BADAN-BADAN MAHASISWA MALAYSIA MENYOKONG“KEMPEN SOLIDARITI MAHASISWA BERSEMPENA HARI MAHASISWA SEDUNIA”

10468498_797757400266763_3303780266384777937_o

17 November 2014 bersamaan 24 Muharram 1436 Hijrah 

Tarikh 17 November setiap tahun telah disambut sebagai Hari Mahasiswa Sedunia semenjak Tahun 1941. Tarikh ini pada asalnya dipilih khusus untuk memperingati peristiwa serbuan rejim Nazi German terhadap University of Prague pada 17 November 1939. Rejim Nazi ini telah menafikan kebebasan akademik mahasiswa dengan menutup universiti-universiti dan kolej-kolej di negara Czech, malah bertindak melampau batas dengan membunuh sebilangan pelajar dan menghantar lebih kurang 1200 orang pelajar lagi ke kem-kem tahanan.

Ironinya, kisah penindasan dan kekejaman terhadap golongan mahasiswa terus berleluasa serta mewarnai sejarah dunia sehingga ke hari ini. Terbaru di Mesir, sekurang-kurangnya 638 orang mahasiswa telah dibuang universiti, 209 orang dibunuh, 2000 orang cedera dan 2188 orang lagi telah dipenjarakan semenjak penggulingan Presiden Mesir yang telah dilantik secara sah iaitu Presiden Dr Mohammed Morsi pada bulan Julai tahun 2013.

Dalam masa yang sama, dakwaan yang dikenakan terhadap lapan (8) orang mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) rentetan pengajuran program yang menjemput Tokoh Politik Pembangkang pada 27 Oktober 2014 telah sedikit sebanyak menimbulkan persoalan terhadap kebebasan hak akademik di Malaysia.

Menyedari akan kepentingan menjamin hak kebebasan mahasiswa dalam menyuarakan pendapat mereka, kami (sebutkan nama badan mahasiswa yang menyokong) mewakili badan-badan mahasiswa di seluruh Malaysia dengan ini bersama-sama bersatu hati menyatakan sokongan padu terhadap “Kempen Solidariti Mahasiswa Sedunia sempena Hari Mahasiswa Sedunia” dengan tema “Selamatkan Kebebasan Akademik”.

Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat khususnya mahasiswa tentang penindasan yang berlaku terhadap rakan-rakan mahasiswa di dalam dan luar negara.

Kempen ini digerakkan melalui media sosial bermula 15 November 2014 sehingga 20 November 2014 dengan penubuhan laman Facebook “Kempen Solidariti Mahasiswa Sedunia sempena Hari Mahasiswa Sedunia”. Laman Facebook ini dimanfaatkan untuk penyaluran maklumat-maklumat kempen dalam bentuk poster dan sebagainya. Sehingga kini, Laman Kempen tersebut telah pun mendapat sebanyak (angka) jumlah like. Dalam masa yang sama, kami turut menerima ratusan gambar-gambar sokongan terhadap kempen ini daripada mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di seluruh dunia.

Kemuncak kepada Kempen ini ialah penganjuran Forum bertajuk “Kebebasan Akademik & Masa Depan Mahasiswa” pada 17 November 2014 bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bangi. Forum ini akan dikendalikan oleh saudara Muhammad Fikri bin Ahmad selaku Ahli Parlimen Belia Malaysia bersama-sama dengan empat (4) orang panelis iaitu saudara Marwan bin Abdullah, Presiden IKRAM Siswa, saudara Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saudara Abdul Malik bin Ab Razak, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan saudara Fahmi bin Zainol, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Forum yang mensasarkan kehadiran 300 orang mahasiswa ini juga akan menyaksikan kehadiran Dato’ Saifuddin bin Abdullah yang merupakan mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selaku tetamu jemputan untuk menyampaikan ucaptama forum.

Justeru, kami menyeru segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya golongan mahasiswa untuk bersama-sama menyokong dan menjayakan kempen ini demi membina sebuah dunia yang lebih baik dan harmoni.

Selamatkan Kebebasan Akademik!

Disokong oleh:
1. IKRAM Siswa

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)