Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kem KEMBARA 2012 Mengukuhkan Jatidiri Pelajar

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah dijemput ke Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang untuk satu program yang diberi nama KEMBARA 2012. Program yang berlangsung pada 9 dan 10 Mac 2012 itu berlangsung dengan jayanya yang melibatkan seramai 140 orang pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut.

Lima orang wakil PKPIM telah bertugas di sana untuk saling berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang melibatkan elimen kerohanian, semangat kerjasama dan juga motivasi.

Maklum balas yang cukup baik dari guru-guru dan peserta yang terlibat pada program kali ini menambah semangat untuk PKPIM akan terus saling berhubungan dengan pihak sekolah bagi meneruskan beberapa agenda yang dapat dilakukan bersama pihak sekolah.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi layanan serta kerjasama yang sangat baik dalam membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga para pelajar yang terlibat yang sangat bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang diaturkan.

Semoga hubungan jalinan ini akan berterusan.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)