Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Memahami Garis-garis Besar Haluan Perjuangan (Bahagian 3)

 

3. Keciciran dalam perjuangan

Memang ramai.. malah sudah jadi sunnah, dalam berjuang pasti ada yang kecundang, tercicir dalam jalan dakwah. Pelbagai factor mempengaruhi. Ia bergantung kepada sistem nilai yang dipegang oleh setiap kader. Perlu bebas;- tidak bergantng kepada pihak lain yang berkepentingan. Satu kisah diceritakan Ustaz Siddiq, seorang ulama bernama Shahnun. Kehidupannya begitu ringkas sekali. Makannya, Cuma roti kering celup air garam. Orang berkata, alangkah zuhudnya hidup beliau. Beliau menafikan. Katanya,

“aku sengaja membentuk gaya hidupku seperti ini supaya aku tak memerlukan mereka”(sambil jarinya menuding ke satu arah ; arah lokasi pusat pemerintah)

Adapun yang tercicir kerana kesibukan, menurut Ustaz Siddiq itu bukan alasan. Cuma, bagaimana mahu mengurus masa?

Saiyidina Umar RA pernah ketika menjadi Amirul Mukminin jadi runsing :

“jika aku tidur malam, aku abaikan hak Allah, kalau aku tidur siang, aku abaikan hak rakyat.”

Bilamana mau tidur? Sebab itulah kualiti pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap hubungan dengan Tuhan dan sesama makhluk (hablum minalLah wa hamblum minan nas). Jadi, sibuk bukan alasan.

Ustaz Siddiq begitu terkesan dengan suatu hadith Nabi yang sentiasa diulang-ulang saiyidina Umar.

“Barangsiapa daripada lelaki yang memegang urusan kaum muslimin, kemudian tidak bersungguh dan tidak merasa penat, maka neraka baginya..”(hadith riwayat Muslim)

Maka, dalam perjuangan ini wajib ber ‘penat’.

Pada ketika ini, penulis renung riyak wajah Ustaz Siddiq. Penulis lihat matanya. Allah… penulis berdoa agar semangatnya kami warisi. Amin.

4. Politik kepartaian itu bagaimana kedudukannya?

Politik kepartian itu adalah al-umur al-janibiyah (perkara-perkara pelangkap); ia tidak menduduki tempat jauhar al-‘amal (teras amal) iaitu Dakwah dan Tarbiyah.

Bukankah bahasa politik itu beza dengan bahasa dakwah? (Kalian mampu menilainya sendiri – penulis)

 

Dalam jemaah, kita punya fikrah Islamiyah dan acuan tersendiri. Sememangnya, apabila bertukar pimpinan, maka akan ada serba sedikit perbezaan dari segi approach. Ada yang begini, ada yag begitu.. masing-masing ada caranya mengurus dan bergerak. Dan ini tak jadi masalah selagi tidak lari daripada kerangka induk perjuangan. Maka, nasihat Ustaz Siddiq kepada para kader dakwah sekalian supaya tidak taksub kepada perorangan. Jangan sangat terpusat kepada presiden, tetapi kepada ummat.

Ustaz Siddiq menyatakan ke’tidak-senangan’annya kepada golongan yang mengagung-agungkan para pemimpin atas pencapaian tertentu, seakan-akan pencapaian tersebut diusahakan pemimpin itu secara berseorangan. Sebagai contoh, pabila sampai ulangtahun kemerdekaan, gambar-gambar Perdana Menteri lah yang menghiasi poster-poster, iklan-iklan, sebaran dan selembaran dengan ucapan ‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan’ seolah-olah Pak-pak Menteri ini saja yang berjasa memerdekakan nusa. Bagi ustaz siddiq, ini cobaan menafikan jasa dan usaha rakyat. Hakikatnya, rakyat dan akar umbi bekerja keras dengan darah dan air mata bagi mencapai kemerdekaan. Ini sebenarnya penyakit yang di’rebak-barah’kan para orientalis klasik dalam karya mereka yang mengklafikasikan para sultan dan pencapaian zamannya, sedangkan dalam tradisi penulisan sejarah oleh para sejaraawan Islam tidak pernah mengetengahkan gaya penulisan demikian.

Penulis fikir sekadar ini dahulu yang dapat dikongsikan pada kesempatan yang dipunyai. Moga Allah memberkati usaha kita bersama. Kami doakan Ustaz Siddiq Fadzil diberi karunia yang pelbagai; kesihatan dan kekuatan fizikal-mental, kesempatan masa memperkemas strategi dakwah, para sahabat seperjuangan yang setia bersamanya, keluarga beliau yang sentiasa menjadi –qurrotu ain – penyejuk mata hati, sentiasa beliau istiqamah dalam tugas mulia, menerus misi profetis, rahmatan lil-‘alamin dan beliau terus membakar semangat dan meniup roh perjuangan dalam diri para du’at. Amin.
Oleh:
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
[Sambungan daripada ‘Memahami Garis-garis Besar Haluan Perjuangan’ (Bahagian 2)]

11.23 malam
26 Mei 2010
Batu 8 Gombak
Selangor Darul ehsan

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)