Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KEM KEPEMIMPINAN MAHASISWI NASIONAL (KEMAS ’12)

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya, program KEMAS ’12 berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 febuari yang lepas. Selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W kerana atas usaha baginda dan para sahabat mengeluarkan ummat manusia dari kepompong kegelapan.

Program KEMAS’12 yang dilaksanakan di Villa Cikgu Hashim, pekan Kuala Kangsar  berjaya mengumpulkan mahasisiwi-mahasiswi yang berjiwa kental dari segenap penjuru Malaysia. Antara pengisian yang ditekan pada KEMAS’12 adalah bagaimana memposisikan peranan HEWI dalam kalangan masyarakat.

Selama tiga hari peserta yang terdiri dari kepimpinan Majlis HEWI peringkat Negeri dan Kampus telah diberi pengisian berbentuk tarbiyyah harakiah, peranan wanita dalam dakwah lapangan dan juga menyentuh aspek pengurusan emosi dan hati yang sinonim dengan wanita.

Selain daripada itu, program ini juga berjaya memuatkan aktiviti kemasyarakatan, dimana semua peserta dikehendaki untuk membuat sesi temu rumah dengan masyarakat setempat serta pelancong yang datang berkaitan beberapa isu semasa. Mereka juga diminta untuk mengemukakan pendapat tentang sambutan ‘Maulud Nabi’ dan pemahaman Islam. Dapatan dari aktiviti ini mendapati bahawa masyarakat rata-ratanya masih tidak peka dengan pengamalan Islam secara keseluruhan. Malahan, sensitiviti terhadap hari keputraan Baginda Nabi Muhammad s.w.t juga tidak dihayati dengan baik oleh segelintir golongan. Rentetan dari aktiviti ini membuahkan beberapa resolusi untuk Majlis HEWI turun ke lapangan masyarakat dalam membantu mereka memahami Islam dengan lebih mendalam.

Oleh yang demikian, Majlis HEWI Kebangssan (MHK), selaku penganjur Kem Kepemimpinan Mahasiswi Nasional [KEMAS’12] mengharap supaya mahasiswi-mahasiswi yang lahir daripada KEMAS’12 ini mampu untuk terlibat secara proaktif dalam misi mendidik masyarakat secara aktivisme dan memanfaatkan kelebihan advokasi yang sedia ada.

 

‘ATIQAH SYAIRAH SHAHRUDDIN

Timbalan Pengerusi HEWI 1

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)