Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kunjung hormat PKPIM dan Kumpulan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) ke Wisma Negeri

Kunjung hormat oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kumpulan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) ke Wisma Negeri menemui Exco Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Hj.Khazan bin Che Mat telah diadakan pada 2 Februari 2012 bersamaan 9 RabiulAwal 1433H yang lepas. PKPIM diwakili oleh sdr.  Ahmad Fahmi bin Samsudin (Presiden) manakala KEPITAR diwakili oleh tiga orang pimpinan yang diwakili oleh sdri. Najibah Mahirah binti Hj. Awang (Timb.Hewi), sdri.Khairun Nisaa’ binti Mohd Nor (Pen. Setiausaha) dan Che Farhana binti Che Mohd Hanafi (ExcoDakwah).

Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah bagi mengetengahkan fungsi PKPIM dan KEPITAR selaku NGO pelajar Islam di peringkat negeri Terengganu amnya dan merupakan Badan Gabungan Negeri (BGN) kepada PKPIM khususnya di samping mengutarakan cadangan dan bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan menerusi penglibatan kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh YB Khazan adalah penglibatan persatuan pelajar di peringkat kampus harus digiatkan dengan menyalurkan maklumat berkenaan golongan pelajar yang tidak berkemampuan kepada agensi yang berperanan menyalurkan zakat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Tambah beliau lagi, kerjasama seperti ini akan memastikan bantuan zakat dapat diagihkan dengan berkesan dan lancar.

PKPIM dan KEPITAR turut membentangkan beberapa aktiviti yang telah dan akan dijalankan melibatkan penglibatan anak-anak negeri Terengganu. Antaranya adalah program tahunan, Perkampungan Menara Gading Terengganu melibatkan lepasan SPM dan STPM yang akan dilaksanakan buat kali ketiga pada 23-25 Februari 2012 bertempat di Akademi Kepimpinan GPMS Terengganu, Batu Rakit. YB Khazan turut menyatakan persetujuan beliau bagi merasmikan Perkampungan Menara Gading Terengganu pada kali ini dan kesediaan memperuntukkan sejumlah sumbangan bagi menjayakan  program Perkampungan Menara Gading yang merupakan antara produk terbaik yang pernah ditampilkan oleh PKPIM dewasa ini.

Pertemuan yang berlansung sekitar setengah jam berjalan dengan baik dan lancar. Pada akhir pertemuan, sdr. Ahmad Fahmi menyampaikan cenderahati kepada YB Khazan berupa senaskhah buku bertajuk PKPIM 5 Dasawarsa dan dibalas dengan sebuah buku biografi Tan Sri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu yang disampaikan oleh YB Khazan kepada Presiden PKPIM.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)