Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Program Khas Cuti Sekolah

Pada 27 November hingga 25 Disember lalu Pusat Khidmat Dun Kota Anggerik dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Yayasan Al-Ijabah telah menganjurkan Program Gerakan Membina Pencinta Generasi Pencinta Al-Quran 2 (GEMPAQ V 2.0) di Sekolah Rendah Agama Sekyen 16, Shah Alam. Program ini adalah program khas untuk mengisi masa lapang anak-anak sekitar Shah Alam sempena cuti sekolah yang lalu. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta-peserta akan kelebihan mempelajari dan menghafal Al-Quran di samping mendapat pengisian motivasi daripada fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa IPTA/S dan pelajar Sekolah Agama MenengahTinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ).

Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar yang berumur 6 hingga 16 tahun. Antara aktiviti yang dijalankan ialah hafalan Al-Quran pada sebelah pagi dan program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pada sebelah petang. Aktiviti LDK itu terbahagi kepada 4 tema iaitu Motivasi, ‘Aqidah, Ibadah, Akhlak.  Slot menarik seperti Explorace, Permainan Bermodul  dan Rehlah di Tasik Shah Alam. Tiga tema ini dibuat pada tiga minggu pertama dan pada minggu terakhir, ialah program SMART SOLAT yang dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Bin Abdullah (Timbalan Yang Dipertua Yayasan Al-Ijabah juga panel Rancangan Tanyalah Ustaz TV9). SMART SOLAT ini dikendalikan menggunakan buku “Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie” tulisan Ustaz Mohammad sendiri, terbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Para Peserta juga bertuah kerana berkesempatan mendapat ijazah Kitab itu daripada Ustaz Mohammad.

Seorang peserta Syed Qayyim Siddiqi Al-Khared, 15 merasa golongan generasinya perlu memanfaatkan cuti sekolah sepenuhnya dengan Aktiviti bermanfaat seperti ini yang boleh memberikan azam baru menjelang sesi persekolahan tahun hadapan.

“Program ini bagus sebab pelajar sekolah biasa jarang dapat peluang pembelajaran sebegini dan budaya persekitaran pun berbeza.

“Gempaq ini bagus kerana ada aktiviti seperti Usrah yang dapat mengeratkan silaturrahim,” katanya

Seorang bapa, Kamaruddin Abu Samah, 39 melihat program sebegini wajar diteruskan memandangkan teknik-teknik yang diajar memberikan kemudahan untuk peserta menghafal surah-surah dengan lebih berkesan.

“Saya Bersyukur kepada Allah kerana diberikan petunujuk untuk menghantar empat orang anak saya ke program in. Alhamdulillah cuti sekolah selama sebulan ini terisi. Diharapkan ada perubahan selepas ini. “

Sementara iu, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata asas pengenalan Al-Quran itu bagi generasi muda dan bukannya menumpukan kepada aspek akademik sahaja.

Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin pula berkata Asas Al-Quran yang kuat pada anak-anak mampu untuk membentuk peribadi yang kuat dan dapat melahirkan genarasi yang baik dan juga tidak mustahil bakal pendakwah pada suatu masa kelak.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)