Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ISU KEHAMILAN REMAJA: SERUAN TINDAKAN MAHASISWA MELALUI PEMBINAAN NILAI BERSEPADU DAN PENGURUSAN YANG KOMPREHENSIF

Hal Ehwal Siswi (HEWI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius pendedahan yang dilakukan oleh Dewan Rakyat berhubung 21,114 kes kehamilan remaja belum berkahwin (19 tahun ke bawah) bagi tempoh 2019–2024 seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 32, yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Kita dituntut bukan sahaja menjauhi perbuatan zina, tetapi juga menutup segala ruang dan faktor yang membawa kepadanya. Sehubungan dengan itu, HEWI PKPIM menyeru tindakan menyeluruh yang boleh dilaksanakan secara praktikal di peringkat mahasiswa dan seluruh pihak secara bersama dan bersepadu melalui:

  1. Pendidikan Pencegahan Berteraskan Nilai
    Institusi pendidikan perlu melaksanakan modul kesihatan reproduktif dan sosial yang berfakta, beretika serta selari dengan nilai agama dan budaya, dengan fokus kepada pencegahan awal dan pembinaan jati diri mahasiswa.
  2. Pengukuhan Sistem Sokongan & Peranan Ibu Bapa
    Pusat kaunseling kampus mesti diperkasa agar lebih mesra pelajar dan menjamin kerahsiaan. Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu diperkasakan dengan pendidikan keibubapaan serta komunikasi terbuka supaya mampu menjadi benteng awal dalam membimbing anak-anak menghadapi cabaran sosial.
  3. Ekosistem Kampus yang Selamat dan Membina
    Pengurusan institusi perlu menyediakan polisi yang jelas dengan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang berhikmah, memperkukuh program kerohanian serta bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan intervensi lebih menyeluruh.

HEWI PKPIM menegaskan bahawa isu ini tidak boleh ditangani dengan stigma atau kecaman semata-mata. Penyelesaian memerlukan pendidikan berterusan, sokongan empati dan komitmen bersama semua pihak demi melindungi masa depan generasi muda.


HIDUP BIAR BERJASA

Nur Farah Fakhira Binti Zahari
Naib Presiden Hal Ehwal Siswi (HEWI)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)