Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam dan telah lama diputuskan sebagai menyeleweng oleh institusi-institusi agama.

PKPIM ingin menegaskan bahawa institusi pengajian tinggi awam bukan sekadar pusat akademik, tetapi merupakan medan pembinaan pemikiran, nilai dan jati diri generasi muda negara. Oleh itu, sebarang unsur yang berpotensi mencemarkan akidah, pemikiran dan keselamatan ideologi mahasiswa tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi dibiarkan tanpa tindakan segera.

Sehubungan itu, PKPIM mendesak:

  1. Pihak Universiti Malaya (UM)
    Agar mengambil tindakan segera, telus dan tegas, termasuk mempertimbangkan penggantungan sementara individu yang terlibat sepanjang siasatan dijalankan. UM wajib mempertahankan integriti institusi serta memastikan kampus kekal bebas daripada pengaruh fahaman dan jaringan ideologi yang bercanggah dengan nilai Islam dan Perlembagaan.
  2. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
    PKPIM mendesak Kementerian Pendidikan Tinggi supaya tidak berdiam diri atau menyerahkan sepenuhnya isu ini kepada pihak universiti. KPT perlu memantau secara langsung, menjalankan siasatan di peringkat kementerian, serta mengeluarkan pendirian rasmi, memandangkan isu ini menyentuh dasar pendidikan tinggi, keselamatan pemikiran mahasiswa dan maruah sistem pendidikan negara.
  3. Jabatan dan Agensi Agama Berkaitan
    PKPIM menuntut agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan menyeluruh dari sudut akidah, pegangan dan pengaruh fahaman, serta mengeluarkan penjelasan dan pendirian rasmi kepada masyarakat bagi mengelakkan kekeliruan, spekulasi dan penyebaran naratif songsang.

PKPIM ingin mengingatkan bahawa kegagalan bertindak tegas hari ini akan membuka ruang normalisasi fahaman menyeleweng pada masa hadapan. Mahasiswa tidak boleh dijadikan mangsa eksperimen ideologi atau agenda terselindung atas nama kebebasan akademik yang disalah tafsir.

PKPIM akan terus memantau rapat perkembangan isu ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah lanjut sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh pihak-pihak berkaitan.

Akidah bukan bahan kompromi.
Institusi pendidikan bukan ruang untuk ideologi songsang.

HIDUP BIAR BERJASA

RAJA MUHAMMAD ARIF AFIFUDDIN BIN RAJA AHMAD ISKANDAR
Setiausaha Agung
PKPIM Pusat.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)