Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

CADANGAN LARANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL PERLU BERBENTUK SEIMBANG DAN BERASASKAN PENDEKATAN PENDIDIKAN

PKPIM mengambil perhatian terhadap cadangan larangan media sosial yang melibatkan individu berumur di bawah 16 tahun. Meskipun larangan tersebut bertujuan melindungi remaja daripada anasir negatif termasuk fahaman yang memudaratkan, larangan penggunaan media sosial secara menyeluruh turut berpotensi menjejaskan proses pembelajaran, komunikasi serta perkembangan emosi mereka. Lebih membimbangkan, suara dan pandangan remaja boleh terpinggir akibat ketertinggalan maklumat serta pengurangan interaksi sosial yang wajar dipertimbangkan melalui perbincangan secara inklusif. Dalam Surah al-Isra’, Allah mengingatkan:

“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa pengetahuan” (al-Isra’ 17:36)

PKPIM mengesyorkan empat langkah utama:

1. Pemerkasaan literasi digital melalui bimbingan penggunaan media sosial secara sihat, beretika dan selamat.

2. Pengibatan ibu bapa dan komuniti melalui bimbingan terarah tanpa kawalan yang bersifat melampau.

3. Pelaksanaan sekatan bertahap, bukan larangan total, termasuk had masa penggunaan, tapisan kandungan dan akaun yang diselia oleh ibu bapa.

4. Libat urus bersama remaja dengan mendengar pandangan pelajar sebelum sesuatu dasar digubal dan dilaksanakan.

PKPIM menegaskan bahawa perlindungan remaja harus bergerak seiring dengan usaha pemerkasaan mereka. PKPIM bersedia bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan ekosistem digital negara kekal sihat, selamat dan seimbang.

HIDUP BIAR BERJASA!

Muhammad Khalil bin Saat
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)