Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Hadiri Mesyuarat Agung Young Muslim Association of Thailand (YMAT)

12 Disember 2011, Setiausaha Agung PKPIM, Mohd Shazni Abdullah telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Young Muslim Association of Thailand (YMAT) di Pattani. Turut hadir bersama bagi membentangkan kertas kerja pada hari tersebut ialah saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Antarabangsa ABIM. Kehadiran mereka disambut hampir 300 ahli YMAT yang setia menunggu bagi mendengar perkongsian pengalaman pergerakan gerakan Islam dari Malaysia.

Tajuk yang dibentangkan oleh saudara Jufitri Joha ialah mengenai perubahan dan era kebangkitan generasi muda masa kini. Pidato yang penuh semangat itu dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Siam.

Semoga hubungan yang terjalin ini membuahkan hasil yang lebih agresif kepada jalur dakwah yang akan digerakan bersama. Batas sempadan geografi bukanlah penghalang untuk kita saling membantu saudara seagama kita walau di mana mereka berada.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)