
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh sokongan mengalu-alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024. Pindaan ini adalah manifestasi usaha serius kerajaan dalam memodenkan sistem perundangan Islam dan memperkukuhkan kedudukan agama Islam di Malaysia.
PKPIM melihat pindaan ini sebagai titik perubahan penting, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, yang menekankan nilai inklusif, keadilan, dan keharmonian dalam masyarakat. Dengan pendekatan yang berpandukan prinsip Maqasid Syariah, pindaan ini dijangka mengukuhkan kecekapan pentadbiran serta memastikan sistem kehakiman syariah terus relevan dalam menyelesaikan cabaran masyarakat moden.
PKPIM percaya pindaan ini:
Pindaan ini juga membuktikan bahawa agama Islam terus dijadikan teras utama dalam agenda pentadbiran negara. PKPIM melihat langkah ini sebagai usaha proaktif dalam menegakkan keadilan dan kesejahteraan yang bersifat holistik, sejajar dengan kehendak rakyat Malaysia yang mahukan kestabilan, kemajuan, dan perpaduan.
PKPIM menyeru semua pihak, khususnya generasi muda, untuk menyokong usaha ini. Reformasi dalam sistem perundangan Islam adalah kunci kepada pembinaan sebuah negara yang adil dan harmoni serta mampu menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.
PKPIM berharap pindaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak usaha strategik bagi memperkasakan institusi syariah di negara ini. PKPIM percaya bahawa perundangan Islam yang teguh akan menyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang berintegriti, progresif, dan berpaksikan nilai Islam.
Pindaan ini bukan sekadar penambahbaikan sistem, tetapi juga satu usaha murni untuk memastikan keindahan dan keadilan Islam dapat terus dirasai oleh setiap lapisan masyarakat.
Hidup Biar Berjasa !
MUHAMMAD DZUL AIMAN BIN ZULKEFLY
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)