Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM SAMBUT BAIK POLIS HARAM SEKSUALITY MERDEKA

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

3 NOVEMBER 2011 / 7 ZULHIJJAH 1432H

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti ‘Seksualiti Merdeka’ yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Seksualiti Merdeka 2011 adalah bertujuan untuk menyokong dan memperkasa golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).

Sehubungan dengan itu, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini.

PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama yang berlandaskan kepada nilai ketimuran yang wujud di Malaysia. Penganjuran program seperti ini juga boleh mengakibatkan penularan sindrom kekeliruan dan kecelaruan jatidiri sebagai seorang individu disamping memberikan imej dan gambaran yang buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung di dalam Rukun Negara dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

PKPIM juga turut mempersoalkan bagaimana festival ini boleh berlangsung pada tempoh yang lama sehingga dijadikan program tahunan di tempat yang sama semenjak dari tahun 2008 sehingga mendapat tajaan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia dan lain-lain. PKPIM bimbang dengan adanya kebebasan ini disalahguna oleh sesetengah pihak untuk membawa fahaman songsang dan keliru.

PKPIM juga mengingatkan kepada pihak kerajaan dan polis untuk turut bersikap tegas dalam mengharamkan penganjuran konsert artis gay Elton John pada 22 November ini yang sebenarnya turut mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak, budaya negatif hedonisme dan moral masyarakat dan ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.

PKPIM berpendapat, golongan LGBT ini merupakan golongan yang masih tercari-cari identiti diri dan perlu diberi tunjuk ajar dengan sebaiknya. Justeru, tanggungjawab badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai agama, badan agama, pemimpin-pemimpin politik serta agensi-agensi kerajaan dan swasta bukan sekadar menyuarakan bantahan tetapi turut sama-sama membantu golongan LGBT ini dengan penerapan nilai-nilai positif yang boleh membantu mereka kembali kepada normal mengikut ajaran agama masing-masing.

 

AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN

PRESIDEN

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

Telefon: 013-2226925

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    DEMI AL-QUDS, MARILAH KITA BERSATU HATI

    Muhamad Adib Irfan FazilSaidatunnisa’ Zainuddin Bersempena dengan Sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Warga Palestin, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)