Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

MEMBAIKI PETI AIS UNTUK ALMARI YANG ROSAK

 

Berdepan dengan isu PPSMI yang sengaja dibangkitkan semula oleh sesetengah pihak setelah keputusan telah pun dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap TPM iaitu PPSMI akan dimansuhkan dan digantikan dengan MBMMBI pada tahun 2012. Selama 22 tahun hidup sebagai salah seorang bangsa melayu dalam Malaysia, saya yakin dan percaya yang masyarakat kita mempunyai masalah yang sangat serius dengan bahasa inggeris.

Namun demikian, ini bukanlah salah satu alasan yang menyebabkan PPSMI ditolak. Antara objektif asal PPSMI dilaksanakan pada era pemerintahan mantan PM Tun Mahathir, ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar kita supaya dapat memperoleh rujukan yang kebanyakannya dalam bahasa inggeris. Kata beliau, rujukan untuk sains dan matematik masih kurang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Jadi, bagi memastikan pelajar kita dapat melompat lebih tinggi dalam era globalisasi ini, lebih cepat jika pembelajaran mereka ditransaksikan terus ke bahasa inggeris. Antara kumpulan yang menimbulkan semula cadangan agar PPSMI dijalankan di sekolah pilihan adalah kumpulan Persatuan Ibu Bapa (PAGE) dan JMM.

Saya kira niat mereka untuk menimbulkan isu ini adalah bercanggahan dengan keputusan yang telah diputuskan oleh Tan Sri Muhyidin. Kelompok ini menegaskan bahawa bersama mereka terdapat data yang menunjukkan PPSMI masih relevan. Namun demikian, kita maklum yang sesetengah ibu bapa disogokkan dengan fakta kononnya anak mereka mendapat peluang yang lebih cerah sekiranya mereka mahir berbahasa inggeris untuk subjek Sains dan Matematik. Inilah yang menyebabkan sesetengah masyarakat keliru dan meminta PPSMI masih diteruskan. Sedangkan, konsep ilmu yang sebenar adalah apabila seseorang yang berilmu itu mampu menyampaikan dan memahamkan orang lain di sekitarnya.

Mana mungkin jika alat yang digunakan tidak masuk dan tidak mampu membaiki sesuatu yang bukan dalam bidangnya. Alat yang saya maksudkan si sini adalah bahasa. Jika kita mahu memastikan pelajar-pelajar kita mampu bertahan ke peringkat antarabangsa, maka yang perlu diperkukukan adalah pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri. Bukannya menukar semua subjek ke bahasa itu. Saya yakin dan optimis, jika pelajar kita mahir untuk berbahasa inggeris, maka mereka juga mampu untuk melanjutkan pengajian ke luar negara untuk peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika dialihkan bahasa, ianya tidak ubah seperti ‘membaiki peti ais sedangkan almari yang rosak’.

Rakyat Malaysia dikategorikan antara negara membangun yang menjadi contoh kebanyakan negara maju atas faktor kekayaan dalam bahasa mereka. Hal ini kerana, sekurang-kurangnya, seorang daripada kita mampu menguasai 3 bahasa utama.  Oleh yang demikian, masyarakat yang masih keliru dengan isu bahasa ini seharusnya membuka mata dan berfikirlah dengan lebih jauh lagi. Konsep pemahaman ilmu sains dan matematik ini sangat penting untuk masyarakat yang berada dalam proses membangun seperti kita ini.

Dengan memperkukuhkan pengajian bahasa inggeris dapat membantu adik-adik kita supaya mampu berdiri lebih teguh di arena antarabangsa dan dalam pada masa yang sama pengajian mereka dalam kursus sains tulen akan dapat membantu mereka memahamkan masyarakat tentang konsep sains  di sekitar mereka itu sendiri. Saya mungkin hanya salah seorang mahasiswa yang masih pucuk dan tidak ranum untuk masalah negara. Namun, ketahuilah bahawasanya saya cintakan masyarakat kita dan hanya dengan ilmu sahaja kita dapat mengeluarkan mereka dari zaman kegelapan. Apalah ertinya jika adik-adik kita hanya hebat menghafal dan bergraduasi setinggi mana jika tidak mampu memahamkan masyarakat tentang apa yang dipelajari.

 

 ‘Atiqah Syairah Bt Shaharuddin,

Timbalan Pengerusi HEWI II

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,PKPIM

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)