Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

DEBARAN PMGK 2019 KIAN TERASA !

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) adalah merupakan suatu wahana pencerahan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi dalam mempersiapkan diri mereka sebelum melangkah masuk ke gerbang menara gading. Pada tahun ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sekali lagi menganjurkan PMGK19 dengan mengangkat tema “Mahasiswa Bitara: Peneraju Transformasi Malaysia” dengan hasrat melahirkan generasi mahasiswa bitara yang produktif, progresif dan dinamik yang boleh menyumbang kepada pembentukan negara bangsa yang maju. Sesungguhnya, PKPIM sentiasa cakna dan konsisten memperjuangkan isu pendidikan, kepimpinan dan pembentukan mahasiswa yang cemerlang dari setiap aspek. Oleh yang demikian, idea penganjuran PMGK19 adalah untuk melahirkan mahasiswa ideal yang berketerampilan dari segi kepimpinan serta memastikan mereka mempunyai sikap pro-aktif dan dinamik dalam membangunkan diri melalui organisasi, serta berdaya untuk menggalas misi pembangunan masyarakat dengan menggarap ilmu sebanyak mungkin di universiti dan mampu memanfaatkannya untuk memberikan kesejahteraan kepada masyarakat dan dalam masa yang sama memajukan negara kelak. Selain itu, PKPIM berharap para alumni PMGK19 mampu memainkan peranan mereka sebagai jurubicara masyarakat di masa depan bagi menzahirkan peranan pendidikan untuk membangunkan insan adabi (a good man) yang sedar realiti dan kewujudan penciptaNya seterusnya mempunyai kekuatan dan keteguhan hati ketika berhadapan dengan ujian dan cabaran pada masa akan datang.

Ayuh. Bersama kita hangatkan lagi gelombang mega PMGK19.

Debaran makin dirasai!Ayuh. Bersama kita hangatkan lagi gelombang mega PMGK19.#PMGK19#PKPIM#MBPTM#HIDUPBIARBERJASA

Posted by Perkampungan Menara Gading PKPIM on Ahad, 31 Mac 2019

#PMGK19
#PKPIM
#MBPTM
#HIDUPBIARBERJASA

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)