Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

TANGISAN YAMAN, TANGISAN KITA

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
081118

Aktivis pelajar mahu bantu #PeduliYaman

PKPIM sentiasa mengikuti rapat krisis kemanusiaan yang berlaku di Yaman. Kami menzahirkan rasa prihatin dan berpendapat bahawa mereka harus diberi pertolongan sewajarnya, lebih-lebih lagi golongan wanita dan kanak-kanak.

Menurut laporan United Nation Children’s Fund (UNICEF), 30,000 kanak-kanak di Yaman terkorban setiap tahun disebabkan oleh malnutrisi. Geert Cappelaere, Pengarah Zon Timur Tengah dan Afrika Utara, UNICEF menyifatkan keadaan di Yaman setelah melawati sebuah kawasan di situ dan menggelarkan keadaan semasa tersebut sebagai “a living hell for children”.

PKPIM menyokong penuh dan menyambut baik Kenyataan Media Kementerian Luar Negeri serta usaha Global Peace Mission (GPM) Malaysia, yang merupakan sebuah agensi kemanusiaan yang telah terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan di seluruh dunia. Kempen dengan #PeduliYaman telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan #PeduliYaman pada 4 November 2018 yang lalu bersama YB Dato Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Malaysia, Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid, Duta Besar Yaman di Malaysia dan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf.

Justeru, PKPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama membantu menyalurkan sumbangan melalui kempen #PeduliYaman yang sedang berlangsung ketika ini. PKPIM menyeru pihak kampus dan sekolah seluruh negara supaya dapat memberi ruang kepada pihak kami untuk melaksanakan siri pencerahan melalui kempen #PeduliYaman ini. PKPIM sedia menawarkan diri dalam misi pencerahan di kampus dan sekolah khususnya mengenai krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Yaman. Ini sekaligus dapat membantu memperluas kempen #PeduliYaman di peringkat mahasiswa dan pelajar di seluruh Malaysia.

Dengan adanya aktivis-aktivis PKPIM yang telah menyertai beberapa misi kemanusiaan di negara bergolak seperti di Syria, Selatan Thailand dan juga beberapa kawasan lain dapat dijadikan sebagai satu sesi perkongisan di peringkat kampus dan sekolah di seluruh Malaysia. PKPIM berpendapat usaha ini wajar direncanakan agar mahasiswa dapat turut berperanserta membantu dalam kempen #PeduliYaman supaya mahasiswa bukan sahaja akan cakna dengan isu semasa bahkan dapat menjadi sebahagian daripada solusi kemanusiaan.

Rakyat Malaysia, khususnya Mahasiswa, yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun rasmi Global Peace Mission Malaysia, Bank Islam (1402-30100-29224), Maybank Islamic (5642-2161-1602) dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871) dengan rujukan ‘YAMAN’ atau melalui talian sumbangan atas talian GPM di www.billplz.com/peduli/yaman.

Ahmad Fahmi Adzha Bin Mohd Nasarudin
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/aktivis-pelajar-mahu-bantu-peduliyaman-1.901824

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)