Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

|PKPIM RAKAM PENGHARGAAN BUAT SELURUH PEKERJA|

#PKPIM1617 #1Mei #HariPekerja

Perutusan Presiden
Sempena Hari Pekerja 2017

01 Mei 2017

“Ikhlas dan kerja keras meraih keberkatan Ilahi”

*وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ*

Dan katakanlah:

“Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.

(Surah al Taubah ayat 105)

1. Alhamdulillahi Rabbil ‘ Alamin Wal ‘Aqibatu LilMuttaqin Wala ‘Udwana illa ‘alaz zholimin.

2. Merafak syukur ke hadrat Rabbul Izzati atas nikmat kehidupan. Segala kudrat yang diberikan olehNya membolehkan manusia memikul taklif sebagai hamba dan KhalifahNya di muka bumi ini.

3. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, qudwah hasanah dan pemimpin terbaik sepanjang zaman. Baginda penyebar rahmat dan berkat, kekasih Allah SWT yang mewariskan mata rantai perjuangan dakwah zaman berzaman.

4. Mewakili seluruh saf qiyadah dan aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2017 kepada semua pekerja di seluruh negara.

5. Menyorot latar sejarah sambutan hari pekerja di negara ini, ia bermula apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari pelepasan am bagi pekerja pada awal tahun 1970-an. Pengumuman itu dibuat ketika beliau merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 20 Mei 1972.

Tun Dr. Ismail ada menyatakan, keputusan itu dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi buat pekerja sesuai dengan cita-cita kebangsaan.

Pengumuman itu dianggap penting kerana ia bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah secara tidak langsung menunjukkan Malaysia turut bersetuju dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang meluluskan 1 Mei sebagai Hari Pekerja atau Hari Mei.

6. Sempena hari yang bersejarah dan istimewa ini, ayuh sama-sama kita memperbaharui tekad dan niat untuk menjadi pekerja yang lebih cemerlang, berdaya tahan, berdaya saing, dan berdaya maju. Komitmen jitu yang diberikan mampu memberikan impak yang terbaik dalam kualiti kerja.

Nilai kompetensi dan integriti mesti disuburkan dalam setiap aspek pekerjaan kita. Pastinya ketenangan, kebahagiaan dan kepuasan akan diperoleh apabila kita mengekal dan mempraktiskan prinsip tersebut.

Tanamkan dalam dhamir sifat ikhlas dan kerja keras dalam bekerja yang akhirnya menatijahkan keberkatan Ilahi.

7. Keberkatan itu tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa, tidak diukur pada kuantiti harta tapi letak pada kualiti jiwa. Dengan barakah akan peroleh ketenangan dan kesenangan.

Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya bisa dibahagi dan diberi.

Melalui keberkatan, kerja yang dilakukan lebih puas daripada kemanisan beribadah. Semakin tinggi prestasi kerja semakin rendah hatinya.

Teruskan kerja dengan mencari berkatnya yang merata.

8. Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi adalah tema yang diangkat sempena Hari Pekerja pada tahun ini. Satu tema yang sangat sesuai dan releven dalam memanifestasikan kebitaraan kualiti dalam pekerjaan.

Berdepan dengan persaingan yang semakin hebat, galakan kepada usaha kreatif para pekerja mampu memberikan sumbangan terbaik bagi mencetuskan pelbagai inovasi yang membantu perkembangan ekonomi negara.

Ayuh! teruskan bekerja. Jangan pernah mengalah dan berputus asa.

Terus berjuang, Terus bitara, Terus berjasa.

HIDUP BIAR BERJASA

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
1 Mei 2017

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)