Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERUTUSAN PRESIDEN : PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM & SPM

12799129_1047386588637175_7868766904208701008_n

PERUTUSAN PRESIDEN
Pasca Pengumuman Keputusan STPM & SPM
03 Mac 2016

“Perjalanan Masih Jauh, Teruskan Langkahan!”

1- Bismillahir rahmanir rahim. Segala puja puji kepada Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w khairul anam.

Adik-adik calon STPM & SPM sekalian,

2- Mewakili pimpinan dan warga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) seluruhnya, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon-calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing. Tahniah, anda telah berjaya menempuhnya.

3- Semalam, seramai 45,619 calon STPM 2015 sudah menerima keputusan peperiksaan, manakala bermula jam 9:00 pagi tadi, 440,682 orang calon SPM 2015 pula menerima keputusan ujian mereka.

4- Semestinya, sebelum melihat keputusan peperiksaan, adik-adik berasa gementar kerana memikirkan bagaimana keadaan keputusan? Apa peluang nanti untuk lanjutkan pengajian?

5- Pelbagai reaksi dapat kita saksikan pada hari pengumuman keputusan seperti ini. Ya, ia memang hari bersejarah bagi diri masing-masing. Namun, harus diingat, ia bukan penentu segala-galanya.

Adik-adikku yang berpotensi,

6- Kehidupan dicipta Tuhan untuk manusia terus berjuang. Untung nasib diri kita tiadalah kita ketahui ketentuan Tuhan Yang Maha Mengetahui itu.

7- Justeru adik-adik, teruskan berusaha. Tiada yang mustahil dalam kehidupan. Tidak kira apa sahaja keputusan yang diterima, cemerlang ataupun tidak, itu tidak menjamin kebahagiaan dalam hidup.

8- Oleh yang demikian, beringatlah wahai adik-adikku. Jika cemerlang keputusan peperiksaanmu, jangan angkuh, jangan besar diri, jangan lalai. Jika kurang cemerlang, jangan kecewa, jangan putus asa, jangan menyerah.

Adik-adikku yang berkemajuan,

9- Sekiranya kalian tahu bahawa kecemerlangan akademik iaitu keputusan peperiksaan, sebenarnya tidak melambangkan keupayaan kalian yang sebenar.

10- Tidak dinafikan, sehingga ke hari ini, kursus-kursus kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi Kejuruteraan, Sains Kesihatan Bersepadu, dan sebagainya masih lagi menjadi rebutan ramai pelajar lepasan SPM dan STPM.

11- Akan tetapi sedarkah kita, jumlah pelajar yang melanjutkan pengajian ke bidang sastera (arts) dan kemanusiaan (humanities) juga semakin meningkat? Malah banyak dalam kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang sangat cemerlang keputusannya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam kurus sastera dan kemanusiaan, sedangkan mereka layak untuk mengikuti kursus-kursus kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan?

12- Malah, dalam sasaran negara mencapai status negara maju, aspek kemahiran sedang diperkasakan dan negara membuka peluang pengajian yang besar dalam bidang latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

13- Justeru adik-adik, tidak ada alasan untuk tercicir dalam pengajian pasca SPM dan STPM. Peluang tetap masih tersedia.

Adik-adikku yabg bitara,

14- Kita harus optimis dengan masa depan! Kalian punya potensi masing-masing. Percaya dan yakin bahawa kalian mempunyai potensi walaupun belum tahu apa potensinya. Kemudian, carilah potensi kalian dalam kehidupan yang ditempuh sehari-hari.

15- Kehidupan ini adalah anugerah! Perjalanan kalian masih panjang lagi. Yakinlah, Tuhan tidak akan sia-siakan dirimu, kerana setiap insan punya hak untuk berjaya dan bahagia!

“GENERASI BITARA: TERAMPIL DAN BERKEMAJUAN”

“HIDUP BIAR BERJASA”

Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

03 Mac 2016/ 23 Jamadil Awwal 1437H

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)