Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Catatan Gelombang Ketiga : Perkampungan Menara Gading Negeri.

10 Feb 2016 : Gelombang PMG ke-3 telah berakhir dengan jayanya. Bermula di utara, Pulau Pinang , Seramai 10 peserta dari pelusuk negeri ini telah menjayakan program tersebut. Meskipun mendapatkan saingan yang hebat di sana, namum ia tidak mematahkan semangat para penggerak PMG Pulau Pinang yang di ketuai oleh Saudara YDP Pembimbing ,Ahmad Muzhaffar bin Mohd Shatir. Majlis penutup PMG Pulau Pinang di rasmikan oleh En Zahari, wakil WADAH Pulau Pinang. Manakala Saudara Fakhrul Radzi, Naib Presiden PKPIM pula adalah sebagai penggerak jurulatih dari PKPIM Pusat.

IMG_5484

Antara Peserta & Penggerak PMG Pulau Pinang bergambar kenangan bersama Timbalan Presiden PKPIM, Saudara Khair Sujud. PMG Pulau Pinang Berlangsung pada 5-7 Februari 2016.

 Manakala di Kedah pula, seramai 88 peserta dari pelbagai daerah di Kedah telah menyertai PMG Kedah. Bertempat di Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Star Kedah, Program PMG pada kali ini memberi pengisian penting untuk peserta yang akan ke alam universiti kelak.

Forum Alam Belia & Aktivisme menampilkan barisan panelis yang bukan calang-calang orangnya. Panelis pertama ialah Dr Shahrizal Azwan, Exco Biro Pembangunan So12705694_1036034549794521_8036901381732789626_nsial & Kesihatan ABIM Pusat dan Panelis kedua ialah Saudari Mardhiyah, seorang Peguam Sivil dan Syariah. Pelbagai perkongsian pengalaman dan info serta maklumat menarik minat dan membuka mata bakal-bakal mahasiswa bitara PMG Kedah 2016.

Manakala Slot ‘Ayuh! Mahasiswa Bitara’ pula di sampaikan oleh Presiden PKPIM Saudara Fazril Mohd Salleh.  Perkampungan Menara Gading Kedah 2016 yang berlangsung dari 5-7 Februari bertempat di Kompleks Pendidikan al-Hikmah, Alor Setar. Segala penat lelah penggerak PMG Kedah terasa terbalas apabila melihat kegembiraan dan kepuasan hati pada muka peserta-peserta siswa siswi semua. Semoga para peserta mendapat manfaat daripada program ini dan objektif program tercapai.

 

Harapan agar semua siswa siswi PMG Kedah berjaya menjadi mahasiswa bitara yang bermanfaat kepada ummah, sesuai dengan tema PMG Kedah pada tahun ini iaitu ‘Mahasiswa Bitara Asas Pembinaan Negara. Penutup PMG Kedah dirasmikan oleh Saudara Khair Sujud. Manakala Pengarah untuk PMG Kedah pada kali ini pula oleh Wan Khubaib Akram bin Wan Jafree. Turut bersama Muhamad Hanif Ahmad sebagai Ketua Jurulatih untuk Fasilitator PMG Kedah.

IMG_5597 IMG_5596Sementara itu, telah belangsung juga di utara akhir tanah air, Perlis. Berlangsung Di UNIMAP, Perlis , jumlah peserta yang menghadiri PMG Perlis ini adalah seramai 60 orang keseluruhannya. Menampilkan PU AZRAIE, untuk mengisi slot khas bersama peserta, PMG Perlis pada kali ini menampilkan visi dan misi yang berlainan. Menjiwai Peranan Mahasiswa kali ini membentuk peribadi dan jati diri oleh para peserta. Perasmian Penutup oleh Pengetua Fakulti Pengajian kejuteraan UNIMAP. Pengarah program untuk PMG Perlis pada kali ini adalah Saudara Falah . Diketuai jurulatih yang berpengalaman , Saudara Hanis Zakaria, Mantan Exco Latihan dan Pembanguan PKPIM dan Mantan Naib Presiden PKPIM. PMG Perlis berlangsung pada 5-7 Februari 2016.

Pada tarikh yang sama juga, PMG Sabah dan Sarawak turut berlangsung dengan jayanya. Seramai 100 orang peserta PMG Sabah telah menjayakan PMG pada kali ini. Berlangsung di Kompleks JBS [P] Putatan Sabah.Suadara Iman Khudus , Naib Presiden PKPIM tampil memberikan slot Mahasiswa Bitara: Penerus Legasi Khayra Ummah kepada para peserta. Antara catatan ringkas komiti PMG Sabah ini telah mencoret pelbagai kisah semasa PMG ini berlangsung. Antara catatnya adalah :

Orang kata, benda yang baik kalau dinikmati, kita kadang tidak sedar tiba penghujungnya. Hari ketiga PMG Sabah dimu12717292_10209115038132648_836693948500694413_nlakan dengan qiyamulail dan tazkirah pagi oleh saudara Iman Abd Khudus. Kemudiannya, beriadah dengan gemufamire.

Slot pagi itu bermula dengan kuliah yang disampaikan oleh dengan tajuk Mahasiswa: Antara Produk Kilang atau Ilmuan?. Kemudian sesi penutupan majlis yang dihadiri oleh Y.Bhg. Encik Rusli Yusoff, Pengarah JBS (P) Sabah, Encik Jaafar Mahmud, YDP Abim Sabah dan Saudara Hilmie Milus, YDP SISMA Sabah.

Program diteruskan lagi dengan sesi resolusi bersama mahasiswa, nyanyian lagu PMG dan salam jamaah. Saudara Madani( dari kumpulan kami) menawarkan diri untuk membuat penggulungan dan memberitahu harapan beliau usai PMG ini.

Kumpulan terbaik adalah dari kumpulan 4 [1], kemudian diikuti dengan kumpulan 3[2] dan kumpulan 9 [3]. Manakala peserta terbaik adalah Saudara Nasri dan Saudari Marina yang mana masing-masing dari kumpulan 3(ihiks). Mereka ini akan mewakili Sabah untuk PMG Kebangsaan di semenanjung kelak. Nama peserta lain yang terpilih pula akan dimaklumkan hari lain kelak.12717801_10209115023012270_8856723265268282441_n

Rasa sedih dan sebak sebab tak sedar hari terakhir dan lepas ini, tiada lagi nyanyian PMG, tiada lagi jeritan kem koman atau pengarah bercakap di hadapan. PMG kali ini menyentuh hati dan banyak memberi kenangan dan pengalaman baharu buat saya khasnya.

Terima kasih abang Hilmie dan barisan senior-senior lain yang memberikan peluang kepada kami untuk mengemudikan PMG Sabah 2016. Seterusnya, saudara pengarah sendiri kerana mempercayai saya untuk penggendalian tutor 3[4] dan sahabat-sahabat fasililator dan komiti sekalian. Buat adik-adik PMG Sabah’16 kalian yang terbaik!

Sekarang, saya sudah ada tiga famili besar di bumi bawah bayu ini. InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki akan mencuba untuk bersama mereka di Kota Kinabalu.

Jumpa PMG Kebangsaan, insyaAllah!

‘PMG Sabah terbaik bah!’
‘Kerna Ukhuwah, Kita Bersama’

Nurul Zariah. [ Penggerak PMG SABAH ].

Di Selangor pula, dengan kehadiran peserta seramai 191 orang dari serata Selangor, pelbagai aktiviti men12669548_1267134686637228_3709183752910095593_narik yang dihidangkan khas untuk bakal para mahasiswa. Slot Speaker Corner, Cacaca ( Cakap cakap campus ),  Le Tour De Campus, Siswazania dan Pameran IPT adalah tarikan untuk para peserta ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang masa depan dan cabaran di alam universiti kelak. Forum Cacaca yang menampilkan Sdri Intan Quraisha Abdul Rahman, Sudara Muzakkir Md Noor dan Saudara Shazni Abdullah adalah perkongsian yang menarik untuk bakal-bakal ke alam kampus kelak. Selain itu Slot bersama Presiden PKPIM juga turut diberikan kepada peserta, dengan misi mahasiswa bitara .

Saudara Firdaus Hadzir adalah pengarah PMG Selangor pada kali ini.PMG Selangor berlangsung pada 6-9 Februari 2016.

Selamat berjaya menjadi Mahasiswa Mukmin Penerus Harapan Ummah kepada 191 adik-adik. Perjalanan anda baru bermula sebagai jurubicara ummat. Jadikan ini satu platform untuk anda berkarya lebih lagi di zaman muda anda.

Tahniah kepada 75 penggerak yang tidak kenal erti penat lelah demi meneruskan kerja nabi ini. Jujur aku sendiri sebagai pengarah program banyak belajar dari kalian. Dari sudut pengurusan dan pengisian program, this was a really precious moment n experience for me.

Menjadi pengarah ternyata bukan satu perkara mudah tapi dengan semangat dan komitmen yang tinggi dari setiap ahli mampu mempermudahkan segalanya. Maaf salah silap. Jumpa anda semua di syurga kelak insyaAllah : Firdaus Hadzir. Rektor PMGS 16.

12717210_1175751779113483_6664422186287451071_n

 

 

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)