Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERUTUSAN PRESIDEN: TIGA MAKSUD UTAMA PENGANJURAN PMG

warkah pmg

Apa sebenarnya niat kita dalam penganjuran Perkampungan Menara Gading (PMG)? Suka bagi saya nyatakan tiga maksud utama penganjuran program ini:

i) Pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah tentang alam kampus termasuk memperkenalkan universiti

ii) Membangun potensi peserta dan menyuntik semangat ummatik dengan penerapan lingkung kebitaraan (Idealisme, intelektualisme, aktivisme, spiritualisme), dan Budaya 7 PKPIM.

iii) Membina jaringan baharu dengan perkenalan dan persahabatan

PKPIM berasa terpanggil untuk membantu para lepasan SPM mengenalpasti dan membangun potensi mereka seawal mungkin sebelum masuk ke alam kampus. Ternyata, di universiti, alumni PMG menjadi pemimpin mahasiswa di universiti, jadi orang hebat. Mereka lebih awal memahami makna kehidupan di universiti berbanding siswa-siswi yang lain. Kami harap para peserta PMG kali ini juga akan “menjadi”. InshaAllah.

#HidupBiarBerjasa

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)